PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Thursday, January 27, 2011

LOCK HARGA?

Assalamualaikum

Sebenarnya ramai gak yang masih tertanya2 ape yang dimaksudkan dengan “lock” ?? ade setengah orang letak macam2 istilah, nak block price la, nak tahan harga la..
Tapi, maksud sebenar “lock” ni kunci la..macam rancangan hiburan jgn lupa lirik tu…saya kunci lirik ini…!! kalau emas pulak..?

“En Azrul, saya kunci harga ini………………..!!”

Maksudnya, kita dah letak komitmen kita pada harga tersebut. So kalau harga emas naik ke, kita tetap dengan harga tersebut.
Sebagai contoh, katakan kita tengok dekat web public gold atau kat web saya ni sendiri,

lepas tengok harga emas kat atas kita rasa seronok dan teruja sebab harga tersebut boleh dikatakan murah! Lepas tu, kita pon call Azrul ditalian 017-7675446.
En Azrul, saya tengok harga emas kat website public gold sekarang, jam 12.35am, harga emas untuk 20gram adalah RM3103.00. Saya nak lock harga ni boleh tak?
Kemudian lepas dapat panggilan, En Azrul tadi akan cek harga kat website. Betul tak dengan harga yang diberitahu oleh si customer tadi. Jika sama, then en Azrul tadi akan lock harga emas tersebut dan detail2 tertentu akan dia mintak.
Contohnya;
  1. Nama Penuh
  2. no kad pengenalan
Kenapa En Azrul kena cek harga di web Public Gold?
Ini kerana, harga emas akan berubah untuk setiap 20minit mengikut harga pasaran antarabangsa. Jadi kalau kita tengok harga emas tadi  pada pukul 12.35am dan kita berpuas hati dengan harga tersebut. Kemudian, kita tengok jam ditangan pulak dah pukul 12.54am. so ade seminit je lagi untuk harga tadi berubah kan?
Haa..kalau camtu baik call cepat dan cakap ringkas2 je..takut harga berubah makin tinggi..hehe. Contohnya macam price kat bawah ni lepas 20minit.

Jadi, kalau kita dah lock price untuk 100gram dengan harga RM15,370.00 iaitu selepas persetujuan oleh kedua2 belah pihak (En Azrul dan customer) walaupun harga emas dah naik jadi RM15,394.00 macam gambar kat atas ni, jumlah yang perlu dibayar oleh customer hanyalah RM15,370.00 dan bukanlah RM15,394.00
So macamana?dah paham apa itu lock price? :)
Sebenarnya ini adalah salah satu kelebihan Public Gold, iaitu boleh lock harga. Contohnya, bila tengah2 malam kita tengok harga tengah murah, masa tu kita boleh lock price tersebut. Best kan?
Tapi bila kita dah lock price tersebut, kalau harga emas turun macam mana?Haa..kalau harga emas turun, kita kena la jugak bayar pada harga RM15,370.00 ok? Sebab kedua2 pihak tadi dah bersetuju dengan harga tersebut. ok?
Sebagai contoh macam gambar kat bawah ni (selepas 20minit lagi), harga emas untuk 100g dah turun sikit jadi RM15,369.00 tapi disebabkan kita dah lock harga emas tadi pada harga RM15,370.00 maka kita kena bayar brapa??? RM15,370.00 jugak la kan… :)

ok la, cukup ini dulu buat masa ni..nanti saya update lagi ya..
ok, sekian dulu..Assalamualaikum

hubungi 0177675446 kalo tak faham2 jugak

INfo zakat

Info Zakat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




 Kebiasaanya saya akan dihujani dengan soalan berkaitan zakat, " kalau simpan emas/dinar/gold kena keluarkan zakat tak?" Semestinya jawapan saya wajib apabila cukup nisab. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 34-35 :











وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَہَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٣٤) يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِہَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُہُمۡ وَظُهُورُهُمۡ‌ۖ هَـٰذَا مَا ڪَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ (٣٥

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (34) (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (35)

Kadar yang Wajib dikeluarkan ialah

Emas
Nisab emas ialah seberat 20 Miskal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas ataupun bersamaan 85 gram menyamai atau lebih atau bersamaan 20 Dinar Emas. Kadar zakat  emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

Zakat Emas yang disimpan ( emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun )


*Contoh Pengiraan

Anda mempunyai 100 gram emas. Harga terkini emas RM140/gram.
Jumlah zakat yang wajib dikeluarkan = 2.5% X RM14 000 = RM350


Zakat Emas yang dipakaiZakat emas yang dipakai ( sebagai perhiasan) yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Tetapi jika beratnya melebihi "uruf" ( nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat ) maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% selepas berat emas ditolak dengan nilai uruf. Hanya berat emas sahaja yang dikira.

Kadar Uruf  Negeri-negeri di Malaysia1 Kedah 170 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Telah difatwakan

2 Perlis 170 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

3 Pulau Pinang 165 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

4 Melaka RM 5,000 . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Telah difatwakan

5 Johor 850 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan 850 gram (lama) 200 gram (baru) Lebihan daripada uruf dikenakan zakat. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram. Telah difatwakan

8 Wilayah  150 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

9. Kelantan Tiada uruf

10. Terengganu 150 gram . Fatwa Terengganu 850 gram tetapi amalan yang digunapakai 150 gram. Akan dibuat kajian baru

11. Pahang 200 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Tiada fatwa

12. Perak 500 gram . Zakat atas keseluruhan Telah difatwakan

13. Sabah RM 5,000 .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

14. Sarawak 775 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

Sumber : Zakat Pahang

* contoh pengiraan emas perhiasan

Berat emas yang dipakai : 350 gram. Tinggal di Pulau Pinang dan uruf mengikut negeri pemastautin ( Kadar uruf Negeri Pulau Pinang ialah 165gram)

Berat emas yang perlu dikeluarkan zakat : 350g - 165g = 185gram
185 gram X Harga emas semasa ( RM140) X 2.5% =  RM647.50

Perak

Nisab bagi perak ialah bersamaan 200 Dirham Perak bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak bersamaan 595 gram.Kadar zakat perak yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

Sumber Rujukan:
Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Ab. Hamid (Bab Zakat Emas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami