PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Tuesday, October 27, 2009

KEMPEN 1 DINAR 1 FAMILY Harga Website ..Promosi Tamat Terima kasih kepada Semua Pembeli(HARGA PROMOSI RM529 dan 5 Dinar RM2620 ( TERHAD 3 KEPING SHJ )


Mari  kita realisasikan 1 dinar 1 family atau 5 dinar 1 family.
Kepada ibubapa, abg dan kakak mari beli DINAR untuk family kita.


Saya akan membantu anda untuk MEMILIKI sekurang-kurangnya 1 DINAR..

sms 019-7127675 untuk keterangan lanjut. PROMOSI TAMAT ( Contoh 1 untuk mama, 1 untuk Ayah 1 untuk Anak

Saturday, October 24, 2009

Syiling Emas dari ArabSaudi tahun 1927

Syiling seberat 8 gram. 22K ( cantik dan menawan ) gambar akan di email bagi yang betul2 berminat sahaja..

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 12, 2009

EMAS MENCANAK LAGI..MENGHAMPIRI USD1100 ..mari tambah ASET

hai la mlm nie dok ngadap harga Emas yg mencanak lagi...rasanya diaorg psiko sapai USD1100 baru nak turun..atau terus naik sapai USD1200??
kita fikir sama2 la kawan2 yek

Harga EMAS turun lepas DEEPAVALI?


ada sape2 boleh bantu menganalisis ttg harga emas lepas depavali ni??

Sunday, October 11, 2009

Apa beza Dinar dan Dirham?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.


Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.



Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Saturday, October 10, 2009

Saranan Salleh - Emas sebagai alternatif pelaburan

Korang masih was-was atau tak yakin dgn emas..so cuba baca artikel kat utusan arini.. ditulis oleh Mantan Presiden BSKL..


MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

Friday, October 9, 2009

Pengalaman Jual Beli Emas

saya membeli emas 20gram PG dari pokli ( bln ramadhan RM2390 rasanya ) pastu sy mula tayangkan emas tu kepada rakan2 . ramai yg mula sedar dan tertarik tp kekurangan modal.. sy terus menyebarkan kelebihan menyimpan emas ni tanpa jemu. akhirnya lepas raya saya berjaya menjual emas saya. dan mendapat banyak tempahan 20gram..syukur Alhamdulillah.. pasni target nak jadi Agen pulak..nak merasa pegang EMAS banyak2 then leh keluarkan zakat utk fakir miskin. kalo kita miskin cmne nak kuarkan zakat..hehehe

ni gambar yang menjadi inspirasi ..gambar dr wbsite pokli..

Syiling Dinar ku yang Pertama


Syiling 1 dinar ini di jual oleh seorang sahabat dari Internet.. tak pernah bersua muka n penghantaran syiling pon hanya kami berdua jer tau..( itu pon kalo sahabat internet ni tak bagitau org...hehehe )


Nak kumpul sebanyak yg mungkin 1 dinar ni sebab leh wat koleksi cam http://www.pokli..com/( org pertama yg jual emas pada saya)

Dinar dan Emas

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari EMAS dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).




(Surah Ali Imran, ayat 14)

Setelah membaca terjemahan ini
ermmm..semakin kuat semangat untuk menyimpan EMAS..

Wednesday, October 7, 2009

Harga emas capai paras tertinggi

HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.

Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.

Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.



“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.

Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.

Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain.

The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.

Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.

Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.

Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.

Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Weak dollar drives US gold to record high $1,043.20

mlm ni dok seronok harga emas melambung, mencanak2 , meloncat2, sapai tahap tertinggi...ingat lagi masa dia nak sapai 1000 dulu jenuh tunggu...rasanya harga mainan emas skang ni 1030 la ek.

Sunday, October 4, 2009

NEWBIE DALAM EMAS - Kijang Emas paling mudah dan selamat?

Bahan ni sy amik dr blog http://rizzmerr.wordpress.com ( dah minta kebenaran amik bahan 5 okt 2009 kalo tak benarkan sy delete balik

Pelaburan dengan menggunakan kijang emas BNM adalah satu kaedah yang paling mudah untuk mendapat keuntungan…sesuai untuk newbie dalam dunia emas ni…saya akan tunjukkan analisa bagaimana menjana keuntungan dengan kijang emas.

Sebelum menganalisa, saya jelaskan serba sedikit langkah yg patut di ambil kira.

1) Jangan Tamak - Ambil entry atau exit pada kawasan average range sahaja…nanti ada yg terlepas bas pulak..walau apa pon semua adalah atas kehendak-Nya..

2) Tengok Graf – Dapatkan pandangan dari beberapa sahabat yang memahami tentang pergerakan harga dan buat kesimpulan atas diri sendiri..

3) Penjagaan – Pastikan kijang emas di simpan dengan baik utk mengelakkan kecalaran atau apa jua kecacatan fizikal yang menyebabkan Maybank tidak menerimanya..

4) Analisa – Buat analisa sendiri pergerakan harga setahun melalui carta graf dan bahagikan kepada 4 bahagian sebagai rujukan dan memahami pergerakan harga2 yang lepas sebagai panduan semasa untuk anda membuat entry atauexit.. Previous Kijang Emas RateGraf Pergerakan Harga Kijang Emas 2008

Perhatikan terdapat 4 harga rendah dan 4 harga tinggi..kawasan yang dibulatkan adalah kawasan sesuai ataupun average range…

Kalau sahabat rajin cuba buat graf bulanan bagi harga terkini untuk lihat pergerakan di mana..insyaAllah memang jelas kelihatan sama ada utk entry atau exit…

Thursday, October 1, 2009

KIJANG EMAS

HUhu semalam godeh2 blog yang berkenaan emas tetiba terbuka satu blog yang spesifik ttg KIJANG EMAS..mantap tul penulis blog tu..rajin wat research...tp telupa lak nak add kat faborite blog



dah lama cari kira-kira cam gini bila mula membeli kijang sejak 2007..


tuan2 and puan cuba la beli kat maybank yg jual..


memang emas ni puas hati n yakin...


keratan akhbar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami