PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Sunday, February 27, 2011

DINAR PERAK DARUL RIDZUAN

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana satu lagi negeri telah melancarkan Dinar dan Dirham .
10 Dirham dan 1 Dinar PERAK






Dinar Perak


Dirham Perak


Pada tanggal Isnin bersamaan Feb 28, 2011, sejarah bakal tercipta khasnya buat rakyat Negeri Perak dan Malaysia amnya.  Ini kerana,Dinar & Dirham (Negeri Perak) akan dilancarkan. 

Ini bermakna, Negeri Perak merupakan negeri kedua selepas Negeri Kelantan (pioneer) mengeluarkan syiling emas (dinar) & perak (dirham). 


Foto 2:  Rekabentuk Muka Depan (Dinar &; Dirham) menggunakan state crest Negeri Perak

Foto 3: Rekabentuk Muka Belakang menggunakan standard rekabentuk di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646 A.D  - 705 A.D)



 

.

   1 Dinar & 1 Dirham setiap Seorang Muslim.



  
Info tentang Dinar

Perkataan " Dinar" bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia "Denarius". Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak "Drahms", yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak "Drachma" yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah. 


Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.





Dinar Emas Abd al-Malik ibn Marwan

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam
  • Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.
  • Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)
  • Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
  • Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)
Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Rujukan:
M. Shabri Abd. Majid, (2006) Analisis Terhadap Usaha Mendaulatkan Dinar dan Dirham Sebagai Mata Wang Alternatif Dunia Islam. Jurnal Syariah, 14 (2). pp. 49-71. ISSN 0128 - 6730.

Berminat beli Dinar & Dirham?
klik bahagian SOALAN LAZIM

atau sms 0177675446 Azrul

Krisis Hutang Amerika: Hutang Melepasi Paras $14 Trilion Dollar. Masa utk menukarkan Wang Kertas ke Dinar dan Dirham


Untuk maklumat semua,

Hutang U.S. Sudah Tidak Mampu Dilangsaikan Lagi
Jumlah hutang U.S. tertakluk pada hutang siling yang dibenarkan telah mencapai $14 trilion untuk pertama kali.
Pada Rabu yang lalu, jumlah hutang tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S. yang dibuat pada hari Khamis.
Ini bermakna negara tersebut kurang $300 bilion daripada $14.294 trilion hutang yang dibenarkan, ini bermaksud jumlah yang dibenarkan untuk kerajaan Amerikat dibenarkan meminjam.
Kadar hutang siling menjadi titik pusat perdebatan tentang perbelanjaan dan hutang. Walaupun pemimpin kongres berkata bahawa kadar tersebut akan dinaikkan, Pihak republikan berjanji untuk menggunakan isu ini sebagai modal untuk mendesak pengurangan perbelanjaan.
Jabatan Perbendaharaan menjangkakan bahawa pinjaman boleh mencapai jumlah yang dibenarkan sekitar antara 31 Mac sehingga 16 Mei ini, menurut sepucuk surat dari Setiusaha Perbendaharaan Timothy Geithner yang dihantar kepada Kongres awal bulan ini.
Sementara Perbendaharaan U.S. mempunyai cara tertentu untuk menangguh perkara tersebut daripada berlaku, Geithner berkata mereka hanya mampu bertahan selama "beberapa minggu."
Dia menyeru penggubal undang-undang untuk bertindak segera menaikkan paras siling yang dibenarkan, sambil memberi amaran bahawa kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa malapetaka kepada ekonomi dan rakyat Amerika.
Walaupun paras siling hutang tidak pernah tercapai -- jadi adalah mustahil untuk menyatakan dengan pasti apa yang akan berlaku -- pakar-pakar dalam bajet dan hutang memberi amaran bahawa tiada kebaikan akan berlaku daripada ini.
Jika pinjaman U.S. mencecah paras siling dan penggubal undang-undang gagal untuk menaikkan paras tersebut, Perbendaharaan akan dilarang daripada meminjam lebih banyak duit. U.S. tidak akan mampu membayar pemegang bon atau membiayai program dan sumbangan dalam jumlah penuh. Ini kerana tidak akan cukup hasil cukai yang dikutip untuk membayar semua perbelanjaan negara.
Pakar-pakar berkata kesan bersangkutan ialah bukan hanya menggoncang ekonomi U.S. tetapi juga ekonomi dan pasaran dunia.
Paling minimum, kelumpuhan akan melanda U.S. bon, dollar dan portfolio pelabur U.S.

Apa yang perlu kita buat?
Ringgit kita juga disandarkan pada dollar U.S. Bayangkan apa yang akan berlaku. Seluruh dunia akan berdepan krisis mata wang. Jadi saya menyeru agar kita mula menyimpan sedikit harta kita dalam bentuk aset yang nyata seperti emas, tanah, ternakan dan sebagainya. Mungkin akan tiba masa duit kertas tidak bernilai walaupun RM1 juta di masa hadapan.

Wallahu' alam 

Berminat dengan EMAS boleh baca SOALAN LAZIM dulu..


Hubungi 017-7675446 utk Beli dan Jual EMAS

Tuesday, February 8, 2011

STOK 1 DINAR DARUL TAKZIM TELAH SAMPAI


Assalamualaikum wrt.

Buat makluman rakan-rakan, stok Dinar Darul Takzim telah tiba. Buat yang berhajat memilikinya, sila PM inbox fb saya http://www.facebook.com/home.php#!/cikguazrul atau sms ke 017-7675446. Harga pasti kompetitif.
    



Untuk rakan-rakan yang telah membuat tempahan, sila email bukti pembayaran dan alamat untuk urusan logistik. Sokongan anda amat dihargai!!
p/s :Untuk makluman, seandainya ada nama yang tertinggal sila beritahu melalui     
           inbox fb atau sms 017-7675446

Sunday, February 6, 2011

SENARAI NAMA 50 ORANG PEMBELI TERAWAL 1 DINAR DARUL TA'ZIM

Salam ukhuwah,

Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan atas sokongan tuan/puan diberikan kepada kami selama ini.
1. Berikut kami senaraikan 50 orang pembeli terawal yang layak menerima Bekas Porselin Eksklusif secara PERCUMA  bagi Edisi khas 1 Dinar Darul Ta’zim.
1 Dinar Darul Ta'zim + Sijl Pengesahan + Bekas Eksklusif ( 50 terawal )




Berminat sila sms 017- 7675446 ASAR

InsyaAllah..





Friday, February 4, 2011

DINAR DARUL TAKZIM- 0177675446 AURA AURUM TRADING

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Berikut sy lampirkan gambar DINAR DARUL TAKZIM utk tatapan semua.


Harga akan dimaklumkan pada 7hb Feb 2011 jam 10pg.


Syukur Alhamdulillah AURA AURUM TRADING sekali lagi melangkah kehadapan apabila berjaya menerbitkan dinar yang dinamakan DINAR DARUL TAKZIM.  
Tujuan pengeluaran dinar ini adalah untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat. "Langkah ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Johor  membeli, menjual dan menyimpan dinar emas. Sekaligus menggalakkan umat Islam menyimpan emas”.

Emas adalah sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan atau dikenali sistem barter. Namun kalau semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, Umar dan khalifah-khalifah sesudahnya. Dari segi agama kita telah melaksanakan sunnah Nabi S.A.W.




Syarikat AURA AURUM TRADING memperkenalkan DINAR DARUL TAKZIM.

Spesifikasi:

1.            Ketulenan Emas – 916 @ 22K
2.            Berat Dinar - 4.25gram
3.            Diameter - 21mm 
4.            Kondisi - BARU

DINAR DARUL TAKZIM ini ditempa oleh GOLD DINAR ENT. Sebuah syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya. Maka ia adalah dinar EMAS tempatan. Hakcipta dan rekabentuk DINAR DARUL TAKZIM adalah eksklusif. Dinar ini bukan keluaran Negeri Johor.

Dinar ini dijual tanpa sebarang packaging khas & sijil bagi tujuan mengurangkan kos dinar.( Sijil akan disertakan pada 20  Feb 2010)
 Walaubagaimanapun, jika terdapat keraguan mengenai ketulenan dinar ini, tuan & puan boleh memeriksa sendiri dengan mesin ujian ketumpatan sama seperti yang terdapat di Ar-Rahnu seluruh Malaysia. Jika terdapat perbezaan yang nyata dari segi ketulenan EMAS tersebut dengan apa yang dispesifikasikan, pihak pengeluar DINAR DARUL TAKZIM bertanggung jawab mengantikan dengan dinar yg baru.




Gambar Depan & Belakang

Semoga rakyat Malaysia dapat memilikinya



Usaha untuk mempermudahkan masyarakat menyimpan Emas




Semoga usaha kecil ini dapat menarik minat orang ramai memiliki Emas

 Anggaran Saiz Dinar Darul Takzim




Boleh di pajak di KPMNJB




Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi saya:

Aura Aurum Trading 
017 767 5446 
 013 778 5446
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami