PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Monday, March 21, 2011

Artikel 1 Dinar = RM240

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog Aura Aurum Asar. Terima kasih kerana masih sudi melayari blog ini. Disini sy ingin berkongsi sebuah artikel tahun 2002 yg menunjukkan harga 1 Dinar bersamaan RM240. harga 1 Dinar hari ini lebih kurang RM650. Selamat membaca.

Artikel daripada:

Zuhaimy Hj. Ismail
Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai

Di awal tahun 2002 ketika Tun Dr. Mahathir menyarankan supaya umat dan negara Islam cuba menggunakan dinar emas sebagai matawang perdagangan antarabangsa, seluruh negara merasakan ini suatu yang baik dan mengharapkan cadangan ini menjadi suatu kenyataan.  Beliau menyarankan supaya ditingkatkan kefahaman sistem dwilogam ini sebelum ianya dilaksanakan kerana umat Islam khasnya telah tidak menggunakannya sejak lebih 80 tahun yang lalu.  Program pendidikan perlu dilakukan melalui persidangan, seminar, bangkel seterusnya pembentukan kurikulum disekolah dan pusat pengajian tinggi.

Kekurangan pengetahuan mengenai dinar emas akan membawa kepada kurangnya keyakinan kemampuannya sebagai satu sistem matawang alternatif kepada sistem matawang kertas.  Pelbagai persoalan dan prasangka seperti dinar emas terlalu mahal, tidak praktikel, emas itu berat untuk dibawa, emas tidak mencukupi, negara pengeluar emas sudah pasti menjadi kaya dan sebagainya.

Semua persoalan ini memang sesuatu yang perlu ditangani walaupun jelas matawang kertas jauh lebih tidak praktikel kerana nilainya sentiasa disusutkan oleh unsur riba yang ada padanya.  Apakah praktikelnya wang kertas sedang ura-ura berita kadar faedah hendak dinaikkan di Amerika, semua sistem kewangan kertas kunai kelam kabut.  Apakah praktikelnya wang kertas jika ianya mengandungi sesuatu yang dilaknati Allah?  Apa praktikelnya sistem matawang dengan riba sedangkan hukum memakan, mengamal dan tidak meninggalkan riba ini lebih berat daripada seseorang itu berzina dengan ibu di hadapan ka’abah (Hadis Sahih)?  Bukankah hukum zina itu adalah di rejam sampai mati itu sesuatu perbuatan yang sangat ditegah demi menjaga kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat?  Jadi hukum mengamalkan riba ini jauh lebih berat dari itu.   Umat Islam mesti sedar bahawa wang kertas ini tidak praktikel bukan sahaja dari kacamata Islam tetapi seluruh masyarakat dunia.  Sebab itulah semasa permulaan wang kertas diperkenalkan penentangannya bukan sahaja datang dari umat Islam tetapi daripada paderi, ahli falasafah seperti Aristotle, Pluto dan pemikir barat yang lain.  Apakah praktikelnya jika sekeping 1 dolar Amerika kos percetakannya 4 sen US tidak sama dengan sekeping 20 dolar Amerika dengan kos percetakannya juga 4 sen US?  Sedangkan jika 1 dinar sekarang ini bersamaan dengan RM240 maka 20 dinar harganya adalah RM4800 (20 kali).  Sistem matawang kertas dolar Amerika tidak logik, masyarakat dunia telah dipukau untuk mempercayainya.  Persoalan sekarang adakah kita dikalangan orang yang dipukau untuk berterusan menerima sistem wang kertas ini?

Saranan Tun Dr. Mahathir juga supaya diperbanyakkan lagi seminar, bengkel dan penyelidikan bagi merealisasikan pengenalan dinar emas ini perlu disambut dengan baik.  Salah satu isu penting dalam pengenalan dinar emas ini adalah keraguan masyarakat mengenai beratnya dinar emas dan kononnya sukar untuk dibawa ke mana-mana.  Ramai yang menyuarakan isu ini sebenarnya tidak pernah memegang dinar emas sebab itulah anggapan ini berlaku.  Pihak pengeluar dinar emas seperti Royal Mint Sdn Bhd, Islamic Mint Sdn Bhd, IGDExchange, Gold Dinar Research Group dan ISNET, USM dan Dinar-dirham Research Group, UTM seharusnya mempertingkatkan usaha mencari jalan supaya masyarakat boleh melihat dan memegang kepingan wang dinar emas ini.  Apakah 4.25 gram emas ini lebih berat daripada 250 keping satu Ringgit Malaysia?  Apakah lebih berat daripada 600,000 Rupiah Indonesia dengan 1 dinar? Bagaimana dengan Dinar Iraq, Turki dan lain-lain?  Yang pasti nilai wang kertas Afghan jauh lebih berat daripada setengah dinar emas.  Walau pun ianya suatu andaian yang kurang tetap, umat Islam mesti tampil untuk mencari jalan supaya isu anggapan dinar emas ini berat dan sukar untuk digunakan dapat di atasi.

Fahaman bahawa kita perlu membawa uncang emas kemerata tempat untuk membeli komputer atau membayar perkhidmatan sudah tidak relevan lagi di zaman teknologi maklumat sekarang ini.  Orang kata kita sekarang ini di zaman ICT dan matawang kini bukan berbentuk kertas tetapi dalam bentuk digital dan kad kredit.  Sebanarnya kini telah pun ada sistem matawang dinar emas dalam bentuk elektronik.  Dinar emas kini beredar melalui internet dengan sistem matawang dinar emas di mana setiap unit dalam dinar elektronik terdapat satu unit dinar emas yang disandarkan.  Akan dating sudah pasti akan dibangunkan sistem kad debit (bukan kad kredit) yang berasaskan jumlah dinar emas yang ada dalam akaun.

Sistem matawang yang bersandarkan logam telah dimulakan di dunia barat.  Sekarang ini terdapat tiga sistem terkenal yang berasaskan kepada logam berharga seperti emas, platinum dan perak.  Salah satu sistem tersebut adalah e-gold.com (www.e-gold.com), sebuah sistem matawang elektronik yang disandarkan sepenuhnya dengan emas dalam bentuk emas bulian.  Menurut Umar Ibrahim Vadillo (pengasas dinar emas di zaman moden) sekarang ini terdapat lebih daripada 300,000 pemegang akaun e-gold.com menggunakan e-gold sebagai matawang dalam urusan jual beli melalui internet.  Hasil usahasama e-gold.com dengan umat Islam di Eropah, satu sistem baru telah dibangunkan yang dikenali sebagai e-dinar.com (www.e-dinar.com).  Konsep yang diguna pakai oleh e-dinar.com adalah sama dengan konsep e-gold.com tetapi mengikut takrifan dinar iaitu setiap unit e-dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas yang disimpan atau disandarkan.  Emas yang disandarkan adalah dalam bentuk emas bulian.  Sistem ini amat baik sebagai asas memperkenalkan penggunaan matawang berasaskan dinar emas tetapi ia menghadapi masalah apabila penyimpan dinar emas ingin mendapatkan wangnya dalam bentuk dinar emas fizikal.  Melalui pengalaman, kita didapati e-dinar.com masih tidak berupaya memenuhi permintaan matawang emas fizikal apabila di minta oleh pelanggan dan masa yang diambil untuk menebus atau menukar dari e-dinar kepada matawang tempatan memakan masa yang agak lama.

Malaysia kemudiannya menjejaki perkembangan dinar emas ini dengan memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai igdexchange.com (www.igdexchange.com).  Sistem ini telah dibangunkan oleh syarikat IGD Practice Sdn Bhd dan Islamic Mint Sdn Bhd, dua buah syarikat yang terlibat dalam menempa matawang dwilogam dan mempromosi penggunaannya.  Konsep yang digunakan adalah serupa dengan apa yang diperkenalkan oleh e-dinar.com tetapi mempunyai nilai sandaran yang tepat.  Setiap unit IGD (Islamic Gold Dinar) bersamaan dengan 1 dinar emas (4.25 gram emas 22k) yang telah ditempa dan simpan sebagai sandaran.  Sebarang kegagalan mengadakan dinar emas fizikal apabila satu unit IGD dijana, bermakna berlakulah apa yang kita namakan riba sama dengan menjana wang kertas tanpa sebarang sandaran.  Siapakah yang memastikan bahawa setiap unit yang dijana dalam Igdexchange terdapat 1 dinar emas yang disandarkan?  Untuk memastikan kesahihan ini, IGD Exchange telah memilih Little John Frazier, UK sebuah badan audit professional antarabangsa yang terkenal.  Maklumat ini ada diterangkan dalam laman web seperti yang diberikan di atas.

Kredibiliti sebegini amat penting bagi meyakinkan masyarakat umum tentang kewibawaan sistem yang dibangunkan.  Akaun dalam IGDexchange boleh dibuka dengan setiap akaun mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 IGD.  Pertukaran wang kertas kepada dinar emas dibolehkan dalam beberapa matawang utama dunia termasuk Ringgit Malaysia.

Dengan adanya percetakan dinar emas dan juga sistem pertukaran dinar emas dalam bentuk elektronik, Malaysia kini telah melengkapi salah satu unsur dalam mekanisme utama pelaksanaan sistem ekonomi alternatif bersandarkan dinar emas.

Jika zakat boleh dibayar dengan dinar emas, bagaimana masyarakat miskin yang menerima zakat dalam emas ini boleh menggunakan wang ini untuk membeli keperluannya?   Jika ada tempat di mana wang dinar boleh digunakan untuk membeli beras misalnya ini memang sesuatu yang amat baik tetapi buat masa ini kemudahan seperti ini masih belum ada.  Jadi penerima zakat perlu menukar dinar emas ke dalam bentuk wang kertas.  Apabila dinar emas ditukar dengan pajak gadai atau kedai emas nilainya susut lebih daripada 35%.  Jika ini berlaku, orang miskin akan menjadi lebih miskin dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.  Oleh itu meknisme untuk menukar dinar emas kepada matawang tempatan dan sebaliknya mesti diwujudkan.

Untuk memudahkan pelaksanaan penggunaan dinar emas, IGDexchange telah menubuhkan wakala di seluruh negara.  Apa itu Wakala?  Wakala bermakna wakil atau agen.  Wakil untuk menyimpan dinar emas fizikal, wakil untuk membuka akaun IGD, wakil untuk menerima pertukaran IGD kepada matawang kertas tempatan atau menukar matawang tempatan kepada IGD, wakil membangunkan sistem perdagangan qirad dan beberapa peranan lain.  Inilah beberapa fungsi yang ada pada wakala.  Banyak maklumat mengenai perkembangan pelaksanaan dinar emas ini boleh diperolehi dari laman web www.ddrgutm.fs.utm.my atau menghubungi terus zuhaimy@universiti.com.my .  Beberapa konsep pelaburan dinar emas juga ada disediakan oleh pihak IGD Practices Sdn Bhd.

Institusi Wakala ini adalah sesuatu yang baru diera moden ini dan kajian terhadap peranan dan pelaksanaannya perlu dijalankan.  Siapakah yang boleh menjalankan aktiviti wakala ini?  Apakah syarat untuk membuka wakala, berapakah wakala yang ada di Malaysia dan bolehkah dua wakala dibuka di sesebuah taman atau Bandar?  Persoalan ini perlu dijawab oleh pihak tertentu bagi meningkatkan lagi keupayaan dinar emas dimiliki oleh masyarakat umum sebagai simpanan, membayar zakat, mas kawin dan pelaburan.

Oleh kerana sudah lebih daripada 250Kilogram emas telah ditempa menjadi dinar emas, dengan setiap kilogram emas boleh menghasilkan 220 koin satu dinar, sudah tentu telah banyak dinar yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan jumlah ini terus meningkat (Rujuk IMM).  Bagi mereka yang memiliki 20 dinar dan sudah cukup nisabnya perlu membayar zakat sebanyak setengah dinar.  Adakah pusat zakat terima dinar emas ini?  Perlukan ditukar dari sistem tanpa riba kembali kepada sistem riba sebelum boleh kita melakukan ibadah zakat?  Sudah sampai masanya umat Islam dinegara bertuah ini mempertingkatkan usaha supaya zakat boleh dikeluarkan dalam bentuk dinar emas khasnya dengan kerjasama dengan pusat zakat diseluruh negara.

Bagi memantapkan lagi usaha ini elok kalau negara kita mempunyai sebuah institute khas yang boleh mendokong pergerakan usaha mengembalikan dinar emas ini.  Usaha sedang dilakukan bagi menubuhkan sebuah persatuan pemilik dinar emas bagi memastikan kebajikan pemilik ini diperjuangkan melalui persatuan.   Melalui persatuan banyak isu boleh ditangani seperti kebajikan pengguna dinar emas, pembayar dan penerima zakat, pedagang dan pengeluar barang yang mahukan dinar digunakan sebagai alat pertukaran.  Ini boleh dilakukan melalui persatuan.  Melalui persatuan juga, kursus, seminar dan bengkel dapat dijalankan dan semua ini akan menjadi katalis untuk meningkatkan lagi kesedaran umat Islam terhadap pentingnya usaha untuk merealisasikan ekonomi dinar emas suatu sistem ekonomi sebenar menggantikan ekonomi spekulatif yang ada sekarang

p/s : kepada yang nak memiliki 1 Dinar (Emas)  dan 1 Dirham (Perak ) boleh hubungi saya 013-7785446 atau klik bahagian SOALAN LAZIM

P/S: ready stok 1 Dinar Darul Takzim dan 1 Dirham Darul Takzim contact 013-7785446 .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami