PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Friday, November 13, 2009

Emas itulah hartamu yang sebenarnya!

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14] Iklan

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: "Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya."


Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.


Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.

Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami