PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Monday, August 16, 2010

Sejarah Matawang Kertas

Sejarah wang merupakan suatu perjalanan cerita yang menjangkaui tempoh ribuan tahun dan pada hari ini kajian saintifik mengenai wang dan sejarahnya dipanggil ilmu numismatik.

Salah satu ciri wang atau duit ia mestilah barang yang kurang penawaran atau sukar didapati. Banyak barang yang telah digunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas. Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

Wang kertas

Wang kertas diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan wang logam yang berat untuk menjalankan urusniaga. Wang kertas pada mulanya dalam bentuk satu resit yang digunakan sebagai bukti simpanan emas dan perak dengan tukang emas. Resit ini secara tidak langsung memberitahu bahawa ia boleh ditukarkan kepada duit syiling emas dan perak yang sebenar.

Piawaian Emas (1880-1914)


Sistem kewangan yang digunakan kira-kira pada tahun 1880 hingga tercetusnya Perang Dunia I dikenali sebagai Gold Standard atau piawaian emas. Ciri utamanya ialah ia merupakan sistem kadar pertukaran tetap yang nilai paritinya ditetapkan berdasarkan kepada nilai emas.


Melalui sistem ini, emas diperlukan hanya sebagai aset rizab. Wang kertas boleh ditukarkan kepada emas di bank pengeluar pada nisbah tertentu.


 Tempoh antara peperangan (1918-1939)


Ketika meletusnya Perang Dunia I, keperluan kewangan menjadi amat besar dan hanya dapat dipenuhi dengan pengeluaran lebih banyak wang. Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini kepada pasaran domestik, kebanyakan negara membatalkan peraturan piawaian emas. Pada 1933 hanya lima negara yang dikenali Gold Bloc (Perancis, Belgium, Belanda, Itali dan Switzerland) masih mengamalkan piawaian emas. Namun pada 1936 sistem ini berakhir apabila berlaku penurunan nilai matawang Perancis dan Switzerland.


Wang fiat ( Duit KERTAS Malaysia dan semua negara sekarang )


Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.


Pada tahun 1971, Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika Syarikat (lihat Persidangan Bretton Woods). Dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.

Wang kredit


Wang kredit muncul bersama dengan kemunculan wang fiat dan wang komoditi. Kebanyakan bentuk wang dalam sistem ekonomi barat adalah wang kredit yang berasal dari wang fiat.

 
Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.

 
Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_wang


Sejarah duit KERTAS Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967,mengandungi jenis nilai 1, 5,10, 50 dan 100 dolar.Wang kertas jenis 1,000 dolar dikeluarkan pada 2 September 1968.Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai,iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama,berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia,dan ditandatangani oleh Gabenor BNM, Tun Ismail Bin Mohamed Ali.

Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya,tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama.Contohnya perkataan "SA-PULOH" ditukarkan kepada " SE-PULUH" pada muka depan wang kertas jenis nilai $10.


Pada tahun 1976,langkah keselamatan tambahan,iaitu imej pendam(latent image) telah digunakan,dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.










Pada awal tahun 1982,wang kertas yang dikeluarkan ditandatangani oleh Gabenor BNM baru.Tan Sri Aziz Bin Hj.Taha.Pada 1 September 1982,BNM telah mengeluarkan 2 jenis nilai baru $20 dan $500.
  








Wang kertas baru pada keseluruhanya mempunyai reka bentuk baru dan mencerminkan kebudayaan Malaysia.Tera air kepala harimau pada muka depan siri lama telah digantikan dengan potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama.Wang kertas keluaran baru sejak September 1983 dicetak dengan sketsa bangunan atau mercu tanda penting di ibu kota,saiz ukuran wang juga lebih kecil berbanding dengan wang kertas siri terdahulu.

Pada Februari 1996,BNM telah memperkenalkan RM2 (wang kertas Malaysia dikenali sebagai Ringgit Malaysia,RM).


Justeru,mata wang jenis nilai RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100 turut diperkenalkan dan direka dengan ciri-ciri keselamatan yang baru.Selepas krisis ekonomi pada tahun 1998.

RM500 dan RM1000 telah diberhentikan pengunaannya.
Tidak lama kemudian,disebabkan munculnya duit syiling RM1 yang palsu,mata wang ini diberhentikan penggunaannya




KESIMPULAN, hehe dah lama tak buat posting so arini gatal tangan explore tentang Mata Wang KERTAS.

1. Berapakah NILAI sekeping KERTAS ?
2. Adakah wang KERTAS ini boleh ditukar/dicetak lagi dlm 5- 10 thn akan dtg?
3. Adakah anda ingin mewariskan wang KERTAS ini kepada anak2 anda?

erm tepuk dada tanya selera. mohon komen rakan2 di ruangan ulasan. tq

p/s - next posting SEJARAH MATAWANG EMAS di Dunia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami