PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Wednesday, July 28, 2010

Akhirnya beroleh jawapan kepada soalan PALING POPULAR!

Cikgu Asar harga emas TURUN ke?? jawapannya hari ini ialah YES! Harga telah turun 8% dari puncak tertinggi USD1261.

maka jom lock dgn saya 0177675446

Tuesday, July 27, 2010

Lebih mahal disimpan lama

Salam sejahtera.hari ini sy ingin berkogsi artikel di akhbar Kosmo..klik di sini http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0727&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.

Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.

Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.

Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.

"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.


Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.

Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.

Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.

Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.

"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.

KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.
--------------------------------------------------------------------------------
Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).

"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.

"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.

Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.

Konsep kekayaan

Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.

"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.

"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.

Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.


Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.

"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.

"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.

EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.
--------------------------------------------------------------------------------

Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.

Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.

Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.

Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.

"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Sunday, July 25, 2010

Wednesday, July 21, 2010

Harga dah mula menaik..???jeng jeng jeng

Salam sejahtera ,


graf kitco dah mula bergerak dari bawah ke atas


wah... kelmarin USD1176 tu arini dah usd1196 

 

Ayuh mula simpan sebelum terlambat....

Hubungi 017-7675446

Saturday, July 17, 2010

PROMOSI SEMPENA HARGA TURUN

    
Syiling Emas & Jongkong Emas

HUBUNGI 0177675446
HARGA TGH RENDAH NI..
rujuk harga di sebelah

Wednesday, July 14, 2010

Pengenalan kepada Dinar dan Dirham – Matawang Bebas Kezaliman

Pengenalan kepada Dinar dan Dirham Islam


Abu Bakr ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Pesuruh Allah, Moga kesejahteraan da keselamatan sentiasa ke atas baginda, bersabda

‘’ Pasti akan tiba satu waktu ke atas manusia dimana tiada lagi makna pada penyimpanan kepada Dinar dan dirham. ‘’ (Musnad imam Ahmad bin Hanbal)
Sejarah Dinar dan Dirham

Pada permulaan sejarah bangsa muslim, kita menggunakan dinar dan dirham dalam urusan muamalat dan dinar dan dirham yang digunakan dibuat oleh orang-orang Parsi.

Syiling pertama yang didatakan milik kepada muslim adalah salinan dirham perak kerajaan Sassanid Yezdigird III , dibuat pada zaman khalifah Usman , Moga Redha Allah keatas beliau.

Syiling ini berbeza dari yang asal yang mana terdapat ukiran berbahasa arab pada sekeliling syiling dengan ukiran yang biasa dibaca ‘’ Dengan Nama Allah.’’ Sejak itu, penulisan berbahasa Arab ‘’Dengan Nama Allah’’ dan ayat dari alquran menjadi kebiasaan dalam pembuatan syiling-syiling oleh bangsa Muslim.

Diketahui umum bahawa setiap pembuatan syiling-syiling ini berada di bawah satu standard yang dinamakan Standard Khalifah Umar, yang mana berat 10 syiling dirham bersamaam dengan 7 Dinar (Misqal)

Pada tahun 75 hijriah (695) masihi, Khalifah Abdalmalik mengarahkan AlHajjaj untuk membentuk dirham pertama, seterusnya menyediakan standard Umar alkhattab secara formal.

Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan agar semua negeri muslim perlu untuk mencetak wang dirham. Arahan itu juga meminta agar ditulis kalimah ‘’ Allah itu unik, dan Allah itu kekal abadi. ‘’

Beliau mengarahkan agar membuang semua bentuk-bentuk fizikal manusia dan binatang dari syiling-syiling dan digantikan dengan ayat-ayat dan tulisan-tulisan.

Arahan ini seterusnya dibawa merentas seluruh sejarah bangsa Muslim. Dirham dan Dinar adalah berbentuk bulat dan tulisan diukir dalam membentuk bulatan.

Kebiasaanya, pada satu bahagian diukir tahlil (la ilaha illallah) dan tahmid (Alhamdulillah). Dan pada satu bahagian lagi diukir nama Pemerintah dan tahun.

Kemudiannya, ianya menjadi kebiasaan untuk memperkenalkan Nabi yang tersayang, Selawat dan salam ke atas baginda, dan kadang-kadang ayat-ayat alquran.

Syiling emas dan perak kekal sebagai mata wang rasmi sehinggalah kejatuhan khalifah. Bermula dari itu, muncul perlabagi matawang kertas yang dibuat di setiap negeri selepas dari zaman kolonialisasi negeri-negeri yang dahulunya dibawah Negara Islam.

Allah menyatakan di dalam alquran,

‘’dan dari kalangan Ahli-ahli kitab,ada dikalangan mereka jika kamu mengamanahkan mereka degan perbendaharaan (qintar) , mereka akan mengembalikannya smeula kepada kamu. Dan dari kalangan mereka , jika kamu mengamanahkan dengan satu dinar mereka tidak akan mengembalikannya semula kepada kamu melainkan jika kamu mendesak mereka dengan desakan yang hebat’’ 3:75

Qadi Abu Bakr ibn Alarabi , ulama tersohor dalam Undang-undang Alquran menukilkan di dalam bukunya yang termasyhur ‘’ahkam alquran’’ berkaitan ayat ini.

‘’kebaikan yang boleh diambil dari ayat ini adalah larangan dari mempercayai golongan ahli kitab dengan benda-benda berharga’’

Qadi Abu Bakar berkata ; “Persoalan berkaitan kepercayaan hakmilik telah pun digubalkan di dalam Al Quran.” Ini bermaksud bahawa pertimbangan ayat tersebut adalah sahih dengan penuh kepentingan.

Mempercayakan kekayaan kepada yang bukan seagama dilarang sama sekali, tambahan mengambil rakan dalam perniagaan yang berlainan daripada Dar al Islam (Negara Islam – dimana kita menguasai mereka) adalah dilarang sama sekali kerana kemungkinan ditipu atau mereka menyalahgunakan kekayaan itu kepada urusniaga yang dilarang.

Sejak wang kertas menjadi janji pembayaran,mungkinkah ia dibenarkan untuk mempercayai emiten, sementara mereka memegang bayaran (milik kita) di luar bidang kuasa kita? Sejarah juga berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas telah menjadi alat kekal dalam menipu umat Muslim. Selain itu, undang-undang Islam juga tidak membenarkan penggunaan janji bayaran sebagai media pertukaran.

Mengetahui permulaan sejarah wang kertas sebagai janji pembayaran emas memungkinkan kita memahami bagaimana wang kertas adalah hutang dijadikan sebagai matawang.

Kemudian apabila wang kertas dijadikan secara penuh bebas dari emas pada 1971 oleh Richard Nixon, maka wang kertas menjadi sepenuhnya penipuan terancang dalam menipu bangsa muslim bagi mengutip barang-barang berharga dari bumi muslim seperti minyak, gas asli, emas, berlian , makanan dan digantikan atau dibayar hanya dengan kertas yang boleh dicetak tanpa apa-apa sandaran.

APAKAH ITU DINAR DAN DIRHAM?

Menurut undang-undang Islam, dinar mempunyai berat bersih 22k emas yang bersamaan dengan 4.25 gram. Dirham pula mempunyai berat bersih 3.0 gram perak tulin. Umar Ibn al Khattab membentuk hubungan serasi yang dikenali antara mereka berdasarkan pada berat mereka iaitu “”7 dinar seharusnya bersamaan dengan 10 dirham.”

Pendedahan yang dilakukan membawa banyak penilaian bersama, contohnya, zakat, perkahwinan, hudud dan lain-lain. Oleh itu, pendedahan tersebut haruslah mempunyai realiti dan ukuran yang khusus untuk penilaian zakat dan lain-lain, dimana ia boleh didasarkan bukan sahaja pada syiling yang lain.

Ketahuilah bahawa adanya konsensus (ijma) semenjak permulaan Islam dan zaman usia sahabat dan pengikutnya, bahawa dinar syariat adalah sama beratnya dengan 10 berat / 7 mitqals (unit ukuran dinar) emas. Berat satu mitqal emas adalah bersamaan dengan 72 butir gandum sehingga dirham yang 7/10 itu 50 dua perlima butir. Segala ukuran yang jitu ditetapkan oleh konsessus Ïbnu Khaldun. AL Muqaddimah.

CARA-CARA DINAR DIGUNAKAN.

1- Dinar Islam boleh digunakan untuk penabungan/penyimpanan kerana mereka mempunyai nilai yang tersendiri.

2- Digunakan untuk membayar zakat dan wang hantaran/mas kahwin seperti yang diperlukan dalam undang-undang Islam.

3- Digunakan dalam urus niaga jual beli sejak mereka merupakan media pertukaran yang sah.

Monday, July 12, 2010

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Salam sejahtera dan apa khabar.
Hari ini saya ingin berkongsi artikel yg sy rasakan amat berguna utk pedoman kita bersama dalam usaha menyimpan Emas dan Perak


Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’.
Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan
manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar
dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain lain
sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam sematamata,bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak
mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem
ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk
menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab kenapa kita perlu kembali
kepada dinar dan dirham.
Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satu satunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau
perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi
dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka
menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan
perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
(bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”

[TMQ at-Taubah:34]

2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. RasulullahSallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu per empat)dinar atau lebih.” [HR Bukhari]


Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistemn inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya.Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia.

Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan
ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam
pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham sematamata
tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam
kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar
dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan
bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam,
dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

Mudah-mudahan Dinar dan Dirham dapat di laksanakan di seluruh dunia.

Friday, July 2, 2010

Kepada yg nak simpan koleksi 1g...

KHAS KEPADA PARA PENGUMPUL EMAS..LENGKAPKAN KOLEKSI 1 GRAM ANDA


Akhirnya berjaya membeli emas dr Kuwait Finance Housing



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami