PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Thursday, January 27, 2011

INfo zakat

Info Zakat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




 Kebiasaanya saya akan dihujani dengan soalan berkaitan zakat, " kalau simpan emas/dinar/gold kena keluarkan zakat tak?" Semestinya jawapan saya wajib apabila cukup nisab. Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 34-35 :











وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَہَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (٣٤) يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِہَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُہُمۡ وَظُهُورُهُمۡ‌ۖ هَـٰذَا مَا ڪَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ (٣٥

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (34) (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (35)

Kadar yang Wajib dikeluarkan ialah

Emas
Nisab emas ialah seberat 20 Miskal iaitu bersamaan 25 mayam 2.7108 saga emas ataupun bersamaan 85 gram menyamai atau lebih atau bersamaan 20 Dinar Emas. Kadar zakat  emas yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

Zakat Emas yang disimpan ( emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun )


*Contoh Pengiraan

Anda mempunyai 100 gram emas. Harga terkini emas RM140/gram.
Jumlah zakat yang wajib dikeluarkan = 2.5% X RM14 000 = RM350


Zakat Emas yang dipakaiZakat emas yang dipakai ( sebagai perhiasan) yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Tetapi jika beratnya melebihi "uruf" ( nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat ) maka wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% selepas berat emas ditolak dengan nilai uruf. Hanya berat emas sahaja yang dikira.

Kadar Uruf  Negeri-negeri di Malaysia1 Kedah 170 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Telah difatwakan

2 Perlis 170 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

3 Pulau Pinang 165 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

4 Melaka RM 5,000 . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Telah difatwakan

5 Johor 850 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan 850 gram (lama) 200 gram (baru) Lebihan daripada uruf dikenakan zakat. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram. Telah difatwakan

8 Wilayah  150 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat Telah difatwakan

9. Kelantan Tiada uruf

10. Terengganu 150 gram . Fatwa Terengganu 850 gram tetapi amalan yang digunapakai 150 gram. Akan dibuat kajian baru

11. Pahang 200 gram . Lebihan daripada uruf dikenakan zakat  Tiada fatwa

12. Perak 500 gram . Zakat atas keseluruhan Telah difatwakan

13. Sabah RM 5,000 .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

14. Sarawak 775 gram .Lebihan daripada uruf dikenakan zakat .Telah difatwakan

Sumber : Zakat Pahang

* contoh pengiraan emas perhiasan

Berat emas yang dipakai : 350 gram. Tinggal di Pulau Pinang dan uruf mengikut negeri pemastautin ( Kadar uruf Negeri Pulau Pinang ialah 165gram)

Berat emas yang perlu dikeluarkan zakat : 350g - 165g = 185gram
185 gram X Harga emas semasa ( RM140) X 2.5% =  RM647.50

Perak

Nisab bagi perak ialah bersamaan 200 Dirham Perak bersamaan 176 mayam 6.9732 saga perak bersamaan 595 gram.Kadar zakat perak yang cukup nisabnya ialah 2.5% dari jumlah keseluruhan.

Sumber Rujukan:
Indahnya Hidup Bersyariat
Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Ab. Hamid (Bab Zakat Emas

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami

There was an error in this gadget