PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Tuesday, April 26, 2011

JUALAN MURAH HARI PEKERJA EMAS SERENDAH RM95!!




Assalamualaikum dan Salam sejahtera, anda nak mula menyimpan Emas dan Perak?
Hubungi 017-7675446 kalo berminat dgn item dibawah.

1/8 Dinar Restu RM95 sekeping kalo beli 2 kpg ( 1 keychain ) RM185 shj!!


                                   
1 Dirham Restu RM30 beli 2 kpg RM58 shj!

1 gram KFH
RM170 sekeping beli 2 kpg RM320 shj!!

1 Dirham Darul Takzim
RM29 sekeping .


1 g Logam Mulia
Emas 999
RM230 sekeping beli 2 kpg Rm430 shaja!!


Ready stok !

Beli LUMPSUM contact 0177675446

.

1 Dinar Darul Takzim
p/s - Kos penghantran kita kawtim ler..





Friday, April 22, 2011

PASPORT RASULULLAH

 
HARGA : RM30 @ 1 DIRHAM (pos percuma)
BERMINAT SMS 0177675446
Tajuk: Pasport Rasulullah
Warna: Merah/Hijau
Tebal: 48 muka surat
Kualiti: Kulit keras dan kertas seperti pasport betul
Passport Rasulullah ini merupakan naskah kecil yang amat berguna untuk kita mengenali lebih dekat akan Nabi Muhammad s.a.w. Ia penuh dengan fakta dan maklumat yang patut kita ketahui akan nabi kita Muhammad s.a.w. Antaranya:
  1. Nama-nama isteri nabi ?
  2. Nama anak-anak nabi dari isteri yang mana ?
  3. Tarikh lahir nabi dan tarikh wafat nabi adalah pada 12 Rabiul Awal juga ?
  4. Nama bdan nabi?
  5. Jumlah anak nabi dan jumlah yang hidup?
  6. Pelan ruman nabi ?
  7. Menteri-menteri Rasulullah
  8. Perkara-perkara khusus kepada Rasulullah
  9. 10 amanat akhir Rasulullah
Memang naskah ini kecil iaitu saiz pasport international tapi ia cukup padat dan mudah di baca. Jika kita nak baca Sirah yang lengkap mungkin kita tak terbaca.

Tuesday, April 19, 2011

EMAS 916 RM86.00/gram

SATU MASA DULU ( 2007 )

1oz Kijang Emas , 1 oz Australian Kanggaroo dan 1 oz Canadian Maple Leaf


2 June 2008 harga 1 oz RM3,017 dan cuba tgk harga hari ini . klik disini

hehe RM4802 tuh!

selamat mengira....

Thursday, April 14, 2011

PERJALANAN KE SHAH ALAM

Jom memeriahkan suasana.klik http://www.facebook.com/home.php?sk=group_166728966684451&ap=1#!/event.php?eid=200899476608420

Time
Saturday, April 16 · 9:30am - 11:30am

Location

Created By

Agenda:
8:30- 9:30 pagi - Berkumpul & Taklimat di perkarangan Masjid SSAAS.
9:30- 11:30 pagi - Bertemu Peniaga: Sesi" P&P" Dnd
11:30 pagi - Bersurai/ Sesi Muamalah Dnd.
http://www.mssaas.gov.my/

Objektif:
(a) Sebarkan maklumat Dnd kepada peniaga di Masjid SSAAS.
(b) Dapatkan persetujuan peniaga agar sudi terima Dnd.
(c) Terus bermuamalah dengan peniaga Dnd.

Apa yang perlu dibawa?
Hati yang terbuka & Jiwa yang Merdeka.
Bismillah!

Monday, April 11, 2011

Kita kat sini :)

PENGUMUMAN!!

 klik sumber
Harga kedai-kedai Emas berhampiran anda telah dinaikkan ke

Emas 999 (24K)  RM172/gram
Emas 916 (22K ) RM162/gram

Tahniah kepada penyimpan emas dan perak.



PRESTASI CEMERLANG GEMILANG TERBILANG EMAS

APRIL 2001 USD260.60
ARRIL 2011 USD1475.80
KENAIKAN 467% !! 
purata 46.7% setahun..

CERITA PENGALAMAN BELI EMAS 2009 KLIK SEJARAH

KEPADA YANG NAK TAHU LEBIH LANJUT KLIK SOALAN LAZIM

nak tunggu lagi? silakan menunggu...

Kepada yang tak nak tunggu...
 
sila
 call/SMS 0177675446 AZRUL

Keratan akhbar KOSMO semalam 'HARGA EMAS MELAMBUNG!"


REKOD BARU !!


Jom beli SIlver!


Berminat? call/sms : 017-7675446

Salam sejahtera dan salam ukhuwah kepada pembaca blog yg setia. Semoga anda dirahmati Allah s.w.t.
Setelah sekian lama EMAS mendapat perhatian lebih seperti “anak EMAS” , kini silver/perak pula mendapat perhatian tersebut.Mengapa tidaknya , potensi kenaikan harga silver/perak mengatasi kenaikan harga emas sejak kebelakangan ini.

Kita sering mendengar perkataan lombong emas tapi tidak pernah mendengar perkataan lombong perak/silver . Adakah silver juga mempunyai lombong sendiri ? Jawapannya TIDAK , silver boleh didapati dari serpihan lombong emas/perak sahaja.Ini bermakna secara logiknya dalam dunia ini , emas lebih banyak berbanding perak/silver.Jika sesuatu barang terhad/berkurangan tetapi permintaan semakin tinggi , maknanya nilainya semakin meningkat !
Renung-renung bersama……..
Untuk menguatkan lagi fakta , pelaburan silver lebih menguntungkan berbanding emas sejak kebelakangan ini , saya sertakan graf kenaikan harga silver dunia :



Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000).


Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? 'Belilah perak!' Nasihat 'Belilah perak!'

Kempen yang bermula sejak 2009 lalu. Salah satu latar belakangnya, tentu saja, adalah krisis kewangan yang terjadi di Amerika akhir 2008 lalu, Akibat runtuhnya kredit perumahan di sana yang memberi kesedaran orang ramai berhubung tentang gelembung ekonomi wang kertas.

Pada tahun 2010 kempennya untuk membeli dan menyimpan perak kembali disuarakan, kali ini oleh Max Keiser, juga seorang pengkritik dan penasihat kewangan.


Dibawah saya akan tunjukkan gambar harga silver keluaran syarikat Public Silver.Sebelum itu saya terangkan serba sedikit mengenai Public Silver bagi mereka yang belum pernah mengenali Public Silver.
Public Silver adalah salah satu anak syarikat Public Fine Gold International Sdn.Bhd yang berpengkalan di Pulau Pinang.Public Silver mengeluarkan jongkong perak dalam bentuk jongkong perak seberat 250g , 500g dan 1kg yang berketulenan 999 dan mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Penang Assay Office Sdn Bhd.
Ini bagi menjamin mutu jongkong perak keluaran Public Silver adalah setaraf dengan jongkong perak lain di peringkat antarabangsa.





Harga 1 kilogram Silver 20 Feb 2010 hanya RM2305 SAHAJA!



Harga 1 kilogram Silver 27 dis 2010 hanya RM3888 pulak!



Harga 1 kilogram Silver 7  Apr 2011 dah RM5137!

Harga 1 kilogram Silver HARI INI RUJUK HARGA SEBELAH!




jika anda berminat memiliki Silver call or sms 0177675446
.

Thursday, April 7, 2011

1 DIRHAM DARUL TAKZIM! stok baru

Ready stok 330 230 165 keping lagi


1 Dirham = 2.975gram ( penimbang ni 2 decimal point je )

Ayuh rebut peluang nih

Pasangan Dinar & Dirham Darul Takzim

RM29.00 SEKEPING
1 DIRHAM DARUL TAKZIM

berminat? ikuti langkah mudah

1. BANK IN BAYARAN ANDA KE:

Maybank acc : 163028654414
CIMB acc : 07090050903528

(AZRUL SYAHRIZAN BIN AB RAHMAN)

2.  INFORM SAYA BILA DAH BANK IN . SILA SMS KE 0177675446 JUMLAH DAN MASA

3. COD di area PONTIAN JOHOR. area lain sy courier. Kos delivery RM10

ADMIN AURA AURUM TRADING

Tuesday, April 5, 2011

Harga Dirham kenaikan 100%

Assalamualaikum w.b.t,

Sedikit masa yang ada dikongsi bersama pembaca setia blog saya dengan menceritakan kehebatan menyimpan Dirham .

Sewaktu pelancaran Dirham di Negeri Kelantan pada 12 Ogos 2010 harga 1 Dirham adalah RM13.00.


1 Set Dirham sewaktu pelancaran RM494

Berapa pula harga 1 Dirham pada hari ini?? 5 April 2011


sumber : klik sini

Ini bermakna kenaikan harga 1 Dirham dalam masa 8 bulan ialah 100%!

Tahniah kepada yang membeli 100 kpg 1 Dirham RM1300 harini nilai 100 kpg itu dah RM2600!

Semoga kita bersama2 mengumpul dirham dan akhirnya dapat bermuamalat dengan menggunakan Dirham seperti pengalaman saya . antara contoh iklan:
"Bayaran kereta RM273 shj utk pertukaran Dirham berikut:
Sila lock diruangan komen dengan menaip,
'Saya Lock tanda setuju dengan tawaran diatas'.
Ada 2 pilihan utk pertukaran DnD ni FREE courier
1. 2 Dirham Wakala Induk Nusantara + 1 Dirham Darul Takzim x 10kpg
2. 2 Dirham KGT + 1 Dirham DGE x 5 + 1 Dirham Darul Takzim x 5 kpg
BONUS 1/2 Dirham ( 1.4875g) + 1 Daniq Dirham ( 0.496g)


sumber: klik sini 
Sekarang saya sedang berusaha utk mencari kedai runcit berhampiran dgn rumah saya agar saya dapat bermuamalah dgn menggunakan dirham utk membeli barang2 keperluan.


klik utk besarkan
sambung esok..mengantuk..

Sunday, April 3, 2011

1 Dinar bernilai RM125 sahaja!

Salam ukhuwah, saya terjumpa artikel lama yang menyatakan nilai 1 Dinar = RM125. mari kita baca bersama-sama



Dinar Emas Akan Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi



Oleh Zuhaimy Ismail
Jabatan Matematik, Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai
JOHOR


Perkembangan usaha untuk mengebalikan dinar emas ke tangan umat Islam sungguh menggalakkan di rantau Nusantara.  Usaha ini juga berjalan di Indonesia.  Pelancaran Wakala Yayasan Melaka dan perjanjian persefahaman antara Yayasan Negeri Melaka dengan Islamic Mint Sdn Bhd membuka begitu banyak peluang kepada umat Islam khasnya bagi rakyat negeri Melaka.  Kini rakyat Melaka dengan mudah mendapatkan dinar emas mereka sebagai simpanan, mas kawin, berzakat dan pelaburan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kita dapati harga minyak melonjak naik dan ini menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia.  Kenaikan harga minyak menyebabkan rusuhan di Nigeria.  Malaysia juga mengalami kenaikan harga minyak petrol.  Pada waktu yang sama kita dapati banyak pula barang keperluan turut naik.  Ini menyebabkan lebih banyak wang kertas diperlukan bagi mendapatkan sesuatu komoditi dan ini sudah pasti akan diatasi dengan mencetak lebih banyak kertas atau menjana lebih banyak unit dalam akaun.  Walau apa yang berlaku, khasnya dalam keadaan yang tidak stabil kita dapati harga emas tetap meningkat dibandingkan dengan wang kertas Dolar Amerika.

Kajian yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia terhadap harga emas sejak tahun 1932 dibandingkan dengan dolar Amerika, mendapati harganya berubah dengan tren (trend) yang sentiasa meningkat.  Jika harga satu dinar dalam tahun 1999 bernilai RM125.00, kini harga sudah meningkat kepada RM239.00 setiap satu dinar.  Adalah sesuatu yang sangat wajar untuk umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia membahagikan sebahagian daripada simpanan mereka dalam bentuk dinar emas.  Sebagai contoh, katalah setiap kakitangan kerajaan menyimpan setengah dinar setiap bulan. Jika kita ada hanya 500,000 kakitangan kerajaan yang menyimpan setengah dinar, ini bermakna sejumlah 1.0625 tan emas akan ditempa untuk menjadi dinar emas.  Emas dari negara luar perlu dibawa masuk ke dalam negara kita untuk memenuhi permintaan ini.  Dinar emas akan memberi satu kekuatan kepada umat Islam di negara ini dan pada waktu yang sama akan melemahkan dolar Amerika.  Sedikit demi sedikit, kekuatan ini akan bertambah dengan diikuti pula oleh beberapa buah negara Islam yang lain, sehinggakan pada suatu masa terdekat umat Islam sudah mula mampu menyatakan “TAK NAK” kepada dolar Amerika.

Usaha mengembalikan dinar emas ini mestilah diambil dengan lebih sirus oleh semua pihak.  Kita dapati isu dinar emas sebenarnya tidak terikat hanya kepada menempa dinar emas dan dirham perak sahaja.  Tidak cukup dengan hanya mengadakan dinar emas tanpa adanya mekanisme pelaksanaan, program penggunaan dinar dalam sistem pembayaran zakat, pertukaran dari dinar kepada Ringgit yang lebih adil dan sebagainya.  Jika sistem kapitalis telah terbentuk dengan disokong oleh sistem pemerintahan berteraskan sistem demokrasi, sistem kewangan seperti wang kertas dan institusi perbankan, yang didokong oleh sistem ekonomi yang begitu kompleks, umat Islam perlu membangunkan sistem alternatif yang berteraskan kepada sistem Amirate, wang dinar emas dan dirham perak, Zakat, Sadakah, Wakala dan perdagangan dengan pelaburan qirad yang jauh lebih mudah.

Umat Islam seharusnya sudah mula menolak dolar Amerika dan kembali menggunakan dinar emas dan pihak kerajaan pula menggunakan dinar emas sebagai wang sandaran kepada wang kertas (buat permulaan).  Apabila ini berlaku, kita pasti akan mendapati kesan yang mendadak terhadap harga emas.  Menurut Islamic Mint Sdn Bhd, sehingga kini dinar emas yang telah ditempa di negara kita mencecah hampir satu tan metrik.  Ini sungguh menggalakkan dan sudah pasti jumlah ini akan terus meningkat dan secara langsung akan meningkatkan lagi harga emas.  Oleh itu amatlah wajar umat Islam mula menyimpan dinar emas sebagai salah satu bentuk pelaburan.

Peperangan di Iraq misalnya menyebabkan wang kertas dinar Iraq tidak laku dan terhapus nilainya secara tiba-tiba.  Ini tidak mungkin berlaku kepada dinar emas kerana dinar emas ada nilai intrinsik.  Kebelakangan ini kekacauan berlaku bukan sahaj di Iraq tetapi di banyak negera Islam yang lain.  Setiap hari dalam akhbar, kita akan dapati berita umat Islam di bunuh di Iraq, Israel dengan jet penjuangnya mengebom umat Islam Palestin, kanak-kanak, orang tua dan wanita terbunuh, askar Israel menggunakan peluru getah menembak kanak-kanak dengan sengaja membutakan mata mereka.  Seramai ribuan kanak-kanak Pelestin yang memerlukan mata palsu.  Di Pakistan bom dicampak ke dalam Masjid, di Kashmir umat Islam dibunuh dengan menamakan pejuang Islam sebagai pengganas, berpuluh dibunuh di Filipina dan menamakan mereka pemisah dan seterusnya sehingga kesempadan negara kita, umat Islam diburu dan dibunuh.  Penyakit yang dialami umat Islam sekarang adalah penyakit penindasan dan penghinaan global secara sistematik oleh kuasa kufar terhadap agama dan umat Islam.  Jika diteliti, kita dapati ini tidak dapat dipisahkan daripada satu isme yang dinamakan kapitalisme.  Ruang ini mungkin bukan untuk kita bincangkan secara mendalam tetapi sekadar menyedarkan umat Islam untuk bangkit kembali kepada ajaran Islam sebenar mengikut amal Madinah yang telah terbukti berjaya membangunkan komuniti menyembah Illahi yang Esa.

Usaha harus diteruskan bagi membebaskan umat Islam dari terus tertindas.  Untuk untuk mengatasi masalah ini memerlukan jihad.  Mungkin jihad disini bukan lagi dalam bentuk tradisional lagi tetapi harus berjuang menegakkan kembali ketaatan kepada Allah s.w.t. dan mengembalikan pembayaran zakat mengikut syariat yang ditetapkan Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w., penghapusan cukai dan membebaskan umat Islam daripada bahana riba.  Untuk ini umat Islam perlu dididik dengan pengetahuan yang mendalam mengenai sistem yang ada pada Islam dan sistem yang diamalkan oleh kufar.  Tanpa pengetahuan ini umat Islam akan terus tertipu dan tidak dapat membuat perbezakan.

Kesilapan umat Islam mungkin kerana terlalu mengikut cara hidup orang kufar dan memberikannya tempat yang tinggi.  Cara umat Islam memimpin kini hampir semuanya telah mengikut cara mereka.  Umat Islam telah memilih cara demokrasi untuk memilih pemimpin sehinggakan ada yang memperagakan agama Islam supaya dipilih lima tahun sekali, kita berdagang menggunakan wang kertas walaupun berdagang sesama sendiri.  Kepimpinan umat Islam kini seolah-olah kaku dan terikat dengan sesuatu kuasa yang tidak dapat dikenalpasti.  Tetapi jika kita mengambil sedikit masa, sudah pasti kita akan nampak dengan jelas akan kuasa yang digunakan.  Mereka tidak berupaya untuk menyuarakan sesuatu yang boleh diterima semua orang, sesuatu yang boleh membawa kepada perubahan.

Mungkinkah penyakit nasionalisme telah terlalu sebati dengan umat Islam sehinggakan apa yang berlaku kepada saudara Islam seperti penindasan dan pembunuhan di negara Islam lain sudah tidak memberi makna lagi.  Selanjutnya juga mungkin ini berpunca daripada kesan sistem demokrasi yang menyekat pemimpin Islam daripada bertindak kerana sebarang tindakan perlu mendapat persetujuan majoriti!  Melalui demokrasilah sistem perbankan dan institusi kewangan barat akan mengambil tempat di mana-mana negara yang telah mengistiharkan kemerdekaan.  Ini terbukti, apabila Vietnam berjaya menewaskan Amerika, dan ingin membangunkan negaranya, syarat pertama yang diminta oleh IMF dan Bank Dunia adalah penubuhan bank pusat supaya wang kertas boleh disalurkan dan seterusnya membuka sistem perbankan kepada bank dunia yang lain.  Inilah modus operandi kekuasaan kufar dengan menggunkan ekonomi dan kewangan bagi melakukan penaklukan negara tanpa ketenteraan.

Sekiranya rakyat Pelestin berjaya mendapat kebebasan dan memerintah sendiri, begitu juga dengan negara Algeria atau Chechnya, mereka akan memulakan proses pemerintahan dengan membentuk perlembagaan, demokrasi berparlimen, membuka bank pusat.  Negara Afghanistan jelas menunjukkan kepada kita bagaimana kuasa barat memberi kebebasan.  Mereka mebuka bank pusat untuk meminjam dari IMF dan kini memasukkan demokrasi sebagai cara pemerintahan.  Mereka kemudiannya akan mencetak wang kertas dengan bangganya dan memohon bantuan IMF dan Bank Dunia untuk membangunkan negara selepas dirosakkan oleh kuasa barat melalui peperangan.  Sudah pasti permohonan ini akan mendapat kelulusan dengan faedah yang pasti tidak mungkin untuk dilupuskan oleh sebuah negara yang tidak mantap pendapatannya.  Mereka memastikan supaya kadar faedah terus menekan dan pada waktu yang sama supaya mengadakan ‘pasar bebas’ yang akhirnya menyerahkan komoditi, kekayaan dan tanah kepada pelabur asing.  Walau apa juga parti Islam yang diperjuangkan semasa berkempen, semua itu akan dibuang demi memenuhi kehendak kuasa IMF dan Bank dunia berserta koncu-koncunya.  Ini tidak ada penyelesaian politik.  Ini kuasa mutlak yang diserahkan kepada bank dan institusi kewangan dan bukan isu politik.  Sistem perbankan menguasai seluruh instutusi antara nasional seluruh dunia sekarang ini.

Kini, dunia sudah mula sedar akan helah dan tipu daya IMF dan Bank Dunia.  Malah ada yang menyatakan bahawa IMF itu sediri merupakan sebuah institusi yang muflis.  Negara Barat tahu dan sedar bahawa negara Asia kini telah mengerti tipu helah mereka.  Mereka berkuasa melalui proksi.  Ini jelas dengan usaha kerajaan China untuk mendapatkan komoditi seperti nikel, kupram, aluminium dan zink dari seluruh dunia.  Ekonomi negari China berkembang begitu pantas sehingga merungsingkan kuasa dunia seperti Amerika dan Eropah.  Suara dengan lantang kedengaran mengenai ketidakadilan dari segi perdagangan kerana wang Yuan China rendah dibandingkan dengan dolar Amerika dan ini menguntungkan perdagangan China.  Negara Barat mengesa supaya negeri China membebaskan ikatan Yuan daripada dolar Amerika dan bebas diperdagangkan dibursa saham antarabangsa.  Apa yang diminta hanyakan supaya pada suatu hari nanti jika wang ini tidak diikat dengan dolar, spekulasi Yuan dengan mudah boleh menyusutkan nilainya tanpa ada kaitan dengan dolar Amerika.  Dengan ertikata lain, wang hendak dipermainkan nanti bukan dolar Amerika tetapi wang negeri China.  Ini helah mereka!  Kita tahu dan China tahu!  Tetapi berbagai helah akan digunakan bagi memaksa China tunduk kepada kehendak mereka termasuk memburukkan negara itu dengan rekod hak asasi manusia, pencemaran, kemiskinan dan kebebasan bersuara, demokrasi dan sekatan perdagangan.  Inilah yang dikatakan penyakit yang dibawa bersama oleh sistem kapitalis.

Negara China terus mengambil langkah berjaga-jaga.  Kini China telah mula menjual emas berbentuk jongkong (gold bar) kepada rakyatnya dan pada waktu yang sama mengeluarkan koin panda.  Ini menjadi satu kekuatan kepada rakyat China jika berlaku sesuatu yang tidak diinginkan kepada Yuan.  Rakyat China memang sudah lama mempunyai tradisi memberi nilai yang tinggi kepada komoditi emas, malah sehingga ke hari ini pun kita dapati majoriti kedai emas di Malaysia adalah dimiliki oleh peniaga China.  Oleh itu usaha kerajaan China supaya rakyatnya boleh memiliki emas dapat diterima dengan mudah.  Apakah kita di Malaysia harus mengikuti jejak langkah bijak ini?  Sudah pasti dinar emas sedia menanti untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kini emas kembali semula.  Ramai pemikir bebas dari seluruh pelusuk dunia telah menyuarakan supaya emas digunakan kembali sebagai wang dan dapat mengembalikan erti wang yang benarnya.  Kini jumlah wang kertas dalam edaran telah meningkat begitu banyak sejak sedekad (10 tahun) yang lalu menggunung banyaknya, dan mencapai angka yang tidak boleh dikaitkan dengan alam nyata lagi, dengan peningkatan dalam percukaian terhadap manusia, pengangguran, kebuluran dan kemiskinan,jenayah turut meningkat dengan kadar yang sama.  Ini adalah hasil sistem wang kertas yang diberikan kepada pihak bank dan ‘ahli politik’ yang banyak menyumbang kepada masalah umat sekarang ini di seluruh dunia.  Umat Islam mesti tahu ini suatu kenyataan dan bukan spekulasi atau imaginasi lagi.
Thomas Jefferson pernah mengeluarkan kenyataan "Institusi perbankan lebih berbahaya kepada kebebasan kita daripada bala tentera musuh kita.  Penjanaan wang mestilah dibebaskan daripada pihak bank”.  Kenyataan ini membawa kita berfikir bahawa pada waktu perjuangan bangsa kulit hitam di Amerika lagi, kesedaran akan penguasaan bank telahpun wujud.  Penjanaan wang oleh institusi kewangan melalui faedah atau riba telah menjanakan inflasi yang banyak telah memberi kesan kepada masalah sosial dan moral masyarakat kita.  Jika umat Islam terus dipaksa menggunakan kepingan wang kertas sebagai alat pertukaran pada waktu yang sama wang ini sentiasa disusut nilainya dari pelbagai punca inflasi, sebenarnya kita telah tertipu.  Bukan sahaja umat Islam dicukai berlebihan tetapi pada waktu yang sama tertipu oleh sistem wang kertas dunia.  Untuk melindungi umat Islam, kerajaan negara-negara Islam mesti mula memikirkan supaya dinar emas dan dirham perak dikembalikan sebagai matawang atau setidak-tidaknya membenarkan dinar emas ini berada seiring dengan matawang negara masing-masing.  Dalam masyarakat dunia sedang sibuk menyuarakan dan memperjuangkan demokrasi, tidak pernahkah masyarakat kita memikirkan untuk mempunyai kebebasan memilih wang selain wang kertas sebagai alat pertukaran.  Jika manusia diberi kebebasan untuk memilih, mereka akan memilih sesuatu yang mempunyai nilai intrisik.  Jika manusia diberi kebebasan untuk memilih antara wang kertas dengan dinar emas mereka pasti akan melilih dinar emas.  Ini amat penting kerana dinar emas memang sesuatu yang terdapat dalam ibadah umat Islam.
Di Dubai, dinar kini telah ditempa dengan banyaknya bagi permintaan dari negara-negara Arab.  Di Malaysia, Islamic Mint Sdn Bhd bersama IGDExchange Practices begitu aktif menempa dan mengedarkan dinar emas di atas permintaan yang tinggi.  Sokongan kuat Yayasan Melaka yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Ali Rostam, Ketua Menteri Melaka ibarat pemangkin bagi merealisasikan kembalinya dinar emas di negara kita.  Usaha mengembalikan dinar emas ini menunggu masa umat Islam sendiri yang mengangkatnya sebagai sesuatu daripada sejarah mereka dan mahu menegakkan kembali.  Para Mufti, para Kadhi, Imam, pegawai masjid dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat harus memulakan program celik dinar emas dikalangan masyarakat supaya apabila ianya berlaku secara meluas, masyarakat kita tidak terus ketinggalan.  Harus diingat bahawa dinar emas adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama dan bangsa, tetapi umat Islam mestilah memastikan dinar emas ini terus dikuasai oleh kita kerana ianya adalah sebahagian daripada ibadah.  Dinar emas insyallah akan menjadi sesuatu senjata kekuatan kepada umat Islam untuk bangkit semula sebagai umat yang membimbing manusia lain.  Umat Islam mampu untuk menjadi khalifah dimukabumi ini, insyallah.

Saturday, April 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami