PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Thursday, September 29, 2011

ayuh dapatkan Silver 1 oz sekarang juga!!

BELI SILVER SEKARANG!

UPDATE 15 Okt








RM140.00 last 2 pcs



20 Dirham - RM500/pcs
8 dinar tu dah SOLD OUT






1 oz SilverTowne - RM159/pcs ( 5 pcs )
1 oz Sunshine Minting - RM159/pcs ( ada 8 pcs je )



1 oz Silver American Eagle - RM159/pcs ( ada 20 pcs  )


1 oz Canadian Maple Leaf - RM159/pcs ( ada 25 pcs  )




BERMINAT BOLEH SMS /CALL DIRECT 

013-778 5446 / 017-7675446





Wednesday, September 28, 2011

PROMOSI MENJADI PENGEDAR GCP DAPAT DIRHAM DARUL TAKZIM DR AURAURUM.COM!



Salam kepada semua peminat emas dan perak

Tahniah kepada yang telah menyimpan dan menjadi pelabur emas.. untuk tahun ini sahaja emas telah naik melebihi 30%. Emas telah mengalahkan instrument-instrument pelaburan yang lain seperti saham bank rakyat, ASB, Tabung Haji, Public Mutual, Fix Deposit dan sebagainya. So jadilah pelabur yang bijak dengan menyimpan emas untuk melindungi nilai wang anda.







1. BERMINAT BERNIAGA EMAS SECARA ONLINE?


2. INGIN MENAMBAH PENDAPATAN MELALUI EMAS?


3. INGIN MENUKARKAN RM KEPADA EMAS?

4. INGIN MENJADI PENGEDAR RANGKAIAN AURA AURUM?



Pihak AURA AURUM telah menjadi pengedar bagi produk GCP.


Anda hanya perlu mendaftar sebagai Pengedar di bawah rangkaian AURA AURUM !* 


Kepada yang berminat ikuti langkah-langkah berikut:


No 1: Tetapkan niat dalam hati nak jadi pengedar dan bantu org ramai memiliki emas!

No 2 : Buka laman web GCP 
(KLIK SINI
http://www.gcp.com.my/

No 3: Paparan muka depan web menunjukkan wall berikut, klik REGISTER.


No 4: Masukkan nama AZRUL SYAHRIZAN AB RAHMAN AD1738 dan klik ikut arahan tertera.


No 5 : Daftar online penuhkan semuanya. 


No 6: Bank in wang pendaftaran Bayaran pendaftaran RM11000 (Belian emas: Rantai tangan 10g, bar GCP 10g, 1 dinar GCP dan yuran keahlian sahaja)  ke AKAUN Maybank : 505103003954 GCP. Buat pengesahan bayaran emel ke sales@gcp.com.my@ mesej ke 017-767 5446/013-778 5446


3 KELEBIHAN MENDAFTAR SEKARANG?




1. KAMI HADIAHKAN 1 DIRHAM DARUL TAKZIM DARI KAMI 


2. NAMA & NO CONTACT ANDA AKAN DIPAPARKAN DI BLOG KAMI ! SO IKLAN SECARA PERCUMA!

3. klik sini http://www.auraurum.com/p/produk-gold-crest-pavilion-gcp.html

P/S : CALL 013-778 5446 @ 017-7675446 kalo tak faham


Friday, September 23, 2011

Harga yg SESUAI UNTUK MEMULAKAN SIMPANAN EMAS pertama anda! 013-7786557



Jualan SEMPENA HARGA MERUDUM!



Harga seperti tertera di sebelah

atau 

Taip PUBLIC DINAR send to 32828

kalau tak sabar sms/call 013-7785446




PELABURAN SILVER MENGUNTUNGKAN



FAKTA: Silver Adalah Emas Masa Depan!

Saya tunjukkan pula kepada anda, graf kenaikan harga emas dan silver. Kemudian, anda boleh lihat perbandingan keuntungan antara emas dan silver.

Selama 10 tahun, emas dan silver mengalami trend menaik. Emas telah meningkat lebih kurang 448% manakala perak lebih 737% sejak 2002. Ini bermakna, peratusan kenaikan perak adalah 1.6X lebih laju daripada kenaikan harga emas!



KLIK sini utk beli ebook Silver. Saya dah beli dan PUAS HATI!

p/s : Nak tambah silver? Skroll ke bawah lagi..

Thursday, September 22, 2011

Ready Stok | 013-778 5446

Pengunjung baru boleh klik ke soalan lazim


Berminat utk dptkan stok dibwh?
UPDATE 26 September 2011

sms 013-778 5446

Menjual dan membeli Jongkong Emas, Syiling Emas, Dinar dan Dirham


1 Dirham Kelantan = RM25/pcs 45 pcs




Set Dirham Kelantan 1, 2 , 5, 10 dan 20 Dirham


( stok 1 dirham dlm laminate spt diatas )
Harga tetap RM25/pcs
1 Dirham Rm25
2 Dirham RM50
5 Dirham RM125
10 Dirham RM250
20 Dirham RM500


1 Dirham Islamic Mint Nusantara Rm25/pcs ada 30 pcs lagi 15 pcs

1 Dirham RESTU RM25/pcs 





1 Dirham Darul Takzim RM25/pcs ada 60 pcs 43 pcs


Ready stok 1 Dirham Darul Takzim


TERBARU
Nisfu Dirham DGE - RM15/pcs siap airtite
120 pcs 50 pcs lagi




SET DIRHAM RM390 ( 3 set  last 1 set



BERMINAT ? SMS OR CALL 013-7785446

ii) Bank-in bayaran anda

Maybank acc : 163028654414
CIMB acc : 07090050903528


(AZRUL SYAHRIZAN BIN AB RAHMAN)

iii) INFORM SAYA BILA DAH BANK IN . SILA SMS KE 0177675446 JUMLAH DAN MASA


RARE STOK 1 set jer

017-767 5446 / 013-778 5446

Sunday, September 18, 2011

PROMOSI TAMAT


UPDATE : 20 September 2011
Siri pertama bakal habis.

70 pcs siri 1 Koleksi Emas Rasul bakal habis.

tinggal lagi 12 pcs  HABIS

nantikan siri koleksi TERBARU !

Koleksi terbaik utk syiling Emas  999!

boleh dapat harga terbaik jika sms 013-7785446

Friday, September 16, 2011

SYILING EMAS 999 - 013-778 5446

PROMOSI TELAH TAMAT!

DEMI MENGHARGAI KESETIAAN PARA PELANGGAN


PIHAK KAMI MENYEDIAKAN 30 PCS LAGI!! 12 kpg lagi


TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!!


PENGHANTARAN HARI INI.


update - 19 Sept 2011

tempahan di 013-7785446 atau PM inbox http://www.facebook.com/cikguazrul




Emas Rasul 1432 Hijrah

Memperkenalkan Koleksi Emas Rasul Edisi 1432 Hijrah. 

Ukiran yang unik dengan tertera nama Nabi Muhammad S.A.W. 
Edisi Terhad

Diskripsi :-
Ketulinan :999.9
Berat Bersih :3.37gram
Buatan :100% Bumiputra
Kad Sah Beli :Rfid Smart Card Cert.





muka depan belakang

bersama sijil pengesahan tercanggih

sesuai dibuat utk hantaran, hadiah dan cenderahati

tertarik kan?

Seiring dengan kemajuan teknologi terkini, pihak emasrasul telah menggunakan kad / sijil pengesahan dalam bentuk smart card. Kad ini merupakan teknologi RFID hampir sama denganteknologi kad kredit masa kini

LIHAT VIDEO NI
jangan ketinggalan!!


berminat sms 013-778 5446


TERBUKTI EMAS 24K!!


Wednesday, September 14, 2011

ULANGKAJI WANG EMAS dan WANG PERAK



Emas, perak dan tembaga telah digunakan sebagai wang sejak 6,000 tahun. Tetapi tiba-tiba hari ini kertas yang menjadi pilihan.
Kertas yang tidak tahan lasak dan mudah rosak ini dijadikan medium pertukaran. Kertas yang sama kita gunakan untuk mengelap hingus dan kemudian dikitar semula. Inilah benda yang menjadikan kegilaan kita hari ini.
Sekeping kertas boleh membeli kita satu set Mc Donald. Seikat kertas boleh membelikan kita satu set TV LCD baru. Satu beg kertas boleh membelikan kita sebuah kereta Toyota Vios.
Tidak terpikirkah kita, KERTAS ?????
Wang emas dan perak bukan perkara baru. Kita semua orang tahu satu ketika dahulu emas dan perak digunakan sebagai barang perantaraan. Ianya adalah matawang dagangan. Ianya diceritakan dalam Al-Quran, Injil dan Taurat, hadis-hadis dan buku-buku sejarah.
Tetapi berapa ramai diantara kita yang bertanya KEMANA PERGINYA logam-logam berharga ini ?
Surah Al-Taubah dari Al-Quran berkenaan Zakat
Sistem Wang Kertas Pertama
Wang Kertas Pertama
Pada tahun sekitar 700 masihi, masyarakat China mencipta kertas yang pertama.
China pada masa itu mengunakan wang perak sebagai matawang. Wang perak mereka unik dimana terdapat lubang ditengah. Lubang ini digunakan untuk mengikat wang syiling ini dengan tali untuk mudah dibawa.
Dan sejak 6,000 tahun dahulu, walaupun logam-logam ini mudah dibawa ianya tetap berat berbanding dengan kertas.
Oleh itu maharaja zaman itu Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan memperkenalkan sistem wang kertas pertama.
Sistemnya begini, seorang individu akan menyerahkan wang-wang perak miliknya kepada sebuah “bank” untuk disimpan dalam peti simpanan. Kemudian “bank” tersebut akan mengeluarkan  ”resit” untuk mewakili jumlah simpanan perak. Contohnya, 10 keping syiling perak akan diberi 10 keping resit.
Resit ini kemudianya akan digunakan sebagai medium pertukaran dalam perniagaan. Setelah beberapa lama ianya menjadi popular kerana lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding perak. Orang ramai juga yakin dengan sistem ini kerana pihak “bank” menjamin setiap keping “resit” ini mewakili sejumlah perak didalam “bank”.
Konsep ini dipanggil “sistem wang kertas disandarkan kepada logam-logam berharga”. Dan pada ketika itu kertas digunakan untuk mempermudah sistem kewangan mereka dengan mengunakan “teknologi” kertas agar lebih mudah dibawa.
Dan idea ini diterima pakai oleh pelbagai tamadun dan negara sehingga awalkurun ke-19.
Perak Lebih Sukar Ditemui
Pada kurun ke-18, wang logam emas dan perak masih lagi digunakan untuk urusniaga, samada dalam bentuk  sandaran kertas atau fizikal. Pada masa itu terdapat dua jenis piawai iaitu “matawang piawaian emas” (Gold standard) dan“matawang piawaian perak” (Silver standard). Piawai ini digunakan untuk mengukur nilai matawang dan ianya berbeza disetiap zaman. Secara umum diantara kedua piawai ini, emas dilihat sebagai asset lebih berharga, dimana nisbah 1 emas adalah bersamaan dengan beberapa nisbah perak.  Sebagai contoh di Amerika pada masa itu, 1 oz emas bersamaan 15 oz perak.
Pada masa ini pengeluaran emas terus meningkat. Tetapi lain pula kisahnya untuk perak. Pelombongan dan pengeluaran perak semakin susut kerana sukar ditemui. Dan permintaan semakin meningkat, dari sudut industri dan juga matawang menyebabkan nilai perak semakin naik. Tiba pada suatu tahap dimana perak menjadi lebih berharga dari emas.
Ini menjadikan nisbah ukuran emas kepada perak tidak tepat. Ini menyebabkan sistem piawai emas dan perak sukar diukur dan perlu dilihat semula.
Jerman Pertama Meningalkan “Piawaian Perak”
Matawang Jerman Marks yg mengikut "Gold Standard"
Disekitar tahun 1870, Jerman negara pertama, meninggalkan “piawaian perak” dan hanya mengunakan “piawaian emas”.
Ini adalah langkah yang diambil untuk mengatasi ketidak seimbangan pertukaran antara emas dan perak. Kerajan Jerman hanya perlu menumpukan pada satu piawai sahaja.
Dengan ini bermulanya “penghapusan wang perak” dari kitaran. Tindakan Jerman ini menyebabkan semua wang-wang perak tidak lagi diterima dan ditingalkan. Dan ini menyebabkan lambakan perak dipasaran, menjadikan nilainya jatuh.
Dan ini telah memberikan impak kepada negara-negara lain. Melihat insiden ini, dan Jerman sebagai sebuah negara berpengaruh, negara-negara lain turut serta meninggalkan “piawaian perak” dan mengangkat “Piawaian Emas” sebagai polisi matawang baru.
Dan dengan insiden ini bermulalah proses wang-wang perak dikeluarkan dari kitaran.
The Great Depression
Orang ramai berebut untuk mengeluarkan wang di bank
Pada awal kurun ke-19, Amerika Syarikat mengamalkan polisi kewangan bersandarkan emas seperti apa yang dilakukan oleh negara-negara lain pada masa itu.
Diantara tahun Oktober 1929 dan 1934, berlakunya musibah ruangan dagangan saham terkemuka dunia di “Wall Street” di New York, Amerika Syarikat. Berlakunya insiden “Wall Street Crash”dimana pada waktu itu semua pasaran saham merundum jatuh menyebabkan kegagalan ekonomi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Sangat teruk sehingga ekonomi mereka berhenti serta merta.
Punca kegagalan ini adalah disebabkan pelabur dan pedagang saham mengunakan pinjaman (leverage) yang terlalu tinggi untuk membeli saham. Seperti yang kita tahu, dalam perniagaan ada masa untung, ada masa kita rugi. Apabila saham merundum, pelabur gagal membayar balik pinjaman ini dan menyebabkan bank-bank mengalamai masalah kecairan kewangan (tiada wang).
Apa bila bank bermasalah, orang ramai mula panik. Orang ramai mula berebut dan beratur panjang di bank cuba untuk mengeluarkan semua wang yang mereka ada. Akan tiba satu tahap dimana bank terpaksa mengishtiharkan cuti (bank holiday) kerana kehabisan wang (bank runs).
Kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat menyebabkan ramai yang tiada pekerjaan, sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, lambakan barangan kerana tiada pembeli, pembinaan terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi. Dan di Amerika sebuah negara industri yang hebat, kini menjadi detik hitam pada negara mereka, dan dikenali sebagai “The Great Depression“.
Emas Di Rampas Dari Orang Ramai
Arahan merampas emas dari Presiden Roosevelt
Ekonomi pada masa itu tidak bergerak langsung. Orang ramai takut untuk berbelanja dan melabur. Wang tidak bergerak, tiada wang di bank untuk diniagakan. Jika ada wang pun tiada siapa pula yang hendak meminjam.
Oleh itu presiden Amerika ketika itu Franklin Roosevelt terpaksa mengambil tindakan drastik untuk memulihkan ekonomi Amerika. Dia mengunakan kuasa mutlak presiden meluluskan akta “Emergency Banking Act”. Akta ini membenarkan kerajaan melakukan apa yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan berkuasa untuk mengambil alih institusi kewangan dan perbankan (nationalize).
Tindakan pertama yang diambil adalah untuk merampas semua emas dari rakyat Amerika (lihat gambar diatas. Klik disini untuk membaca artikel penuh). Jika gagal untuk menyerahkan emas, individu boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sebanyak $10,000 dan pejara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali !!
Dan mereka yang menyerahkan emas-emas  mereka akan digantikan dengan wang kertas dollar Amerika pada nilai 1oz  emas untuk $20.
Dan pada masa inilah menampakkan kebocoran sistem matawang kertas. Kerana wang boleh dicetak dengan sangat mudah. Untuk menampung proses penebusan emas ini, bank pusat Amerika atau “Federal Reserved” terpaksa mencetak sebanyak $2,000,000,000 (billion) dollar. Ingat, bank-bank sudah tiada wang, jadi $2 billion ini jatuh dari langit !!
Saya berikan sedikit gambaran bertapa banyaknya $2 billion dollar pada masa itu. Setin sup Campbell boleh di beli dengan hanya $0.20. Satu suit baru jaket dan seluar yang baik boleh dibeli tempah dengan harga $20 sahaja.
Kepada orang ramai, mereka tiada pilihan dan terpaksa  menerima wang kertas ini.
Pada 1933 Inflasi Dilahirkan
Setelah operasi “merampas” emas ini tamat, orang ramai mula menyimpan wang-wang kertas ini dibank. Bank-bank boleh mula berurusniaga. Walaupun ekonomi bergerak, tetapi  perlahan. Jadi untuk terus “meransang” ekonomi ini Roosevelt melaksanakan pelan kedua.
Pelan keduanya ialah dengan menyusutkan nilai matawang Dollar Amerika dari $20 per oz kepada $35d per oz emas.  Ini menjadikan lebih banyak wang diperlukan untuk membeli jumlah emas yang sama.
Ini menambahkan lagi kekalutan pada orang ramai. Asset wang kertas mereka secara automatik susut nilai. Jadi mereka mula berbelanja dan melabur untuk cuba mendapatkan balik atau mengurangkan kerugian mereka. Tindakan ini memang berjaya untuk merancakan ekonomi pada masa itu, tetapi rakyat yang terpaksa menanggung kerugiannya.
Orang ramai tidak boleh buat apa-apa. Mereka tiada lagi kawalan atas emas-emas yang mereka serahkan dahulu.
Dan detik ini inflasi pada skala global dilahirkan. Dan kegiatan memanipulasi nilai matawang merupakan senjata ekonomi paling merbahaya dan masih lagi digunakan hingga hari ini.
Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa wang kertas boleh mengawal kekayaan orang lain melalui manipulasi matawang. Kita dapat lihat bagaimana kerajaan sesebuah negara boleh merampas hak orang ramai atas nama ekonomi. Kita dapat lihat bagaimana harga sesuatu barang, melalui wang kertas boleh dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.
Peperangan Terus Belarutan
Apa yang berlaku pada 1933 telah membuka jalan belakang untuk memanipulasi sistem matawang. Terbukti bahawa wang kertas boleh dicetak sesuka-hati untuk memenuhi agenda tertentu.  Kemudian ianya pula boleh dimanipulasi untuk mencapai matlamat tersebut.
Masa berlalu, dari Perang Dunia Pertama ke Perang Dunia Kedua, Perang Dingin ke Vietnam. Anda boleh lihat senarai peperangan yang Amerika terlibat sejak dahulu lagi di pautan dibawah. Panjang berjela-jela.
Dan kita tahu peperang kosnya amat-amat tinggi. Kos untuk penyelidikan dan pengeluaran senjata,  menghantar setelit pengintip ke angkasa, membuat jet pejuang yang harganya ratusan juta ringgit dan macam-macam lagi. Bila pertama kali saya melihat senarai peperangan diatas, saya tidak boleh bayangkan berapa banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan.
Dan kelebihan untuk mencetak wang sesuka-hati membolehkan Amerika untuk membiayai peperangan.
Eropah Pula Tumbang
Adolf Hitler
Perang Dunia Kedua (WW2), Eropah hancur. Dari Great Britain sehingga ke barat Russia.
Dan dalam peperangan ini Amerika yang mengaut keuntungan maksima.
Amerika pada mulanya tidak menyertai secara “rasmi” dalam WW2. Tetapi mereka sertai dengan memberi bantuan kepada Pihak Berikat (Allied). Pada masa itu Eropah membelanjakan wang yang banyak membeli senjata dan makanan dan segala macam bantuan daripada Amerika. Segala wang sandaran emas Eropah berpindah ke Amerika.
Kemudian setelah sampai tahap kronik, Amerika campur tangan dalam krisis Eropah itu, bersama tentera Berikat untuk menentang Hitler.
Apabila tamat peperanga, Eropah sudah tiada apa-apa. Jumlah kematian tidak terkira, kemusnahan infrastruktur dimana-mana, harta benda dirampas dan disembunyikan oleh rejim Hitler.
Britain pada masa itu merupakan kuasa paling berpengaruh turut tumbang. Pada suatu ketika Pound Sterling merupakan watawang ekonomi antarabangsa, kini jatuh merundum dan kekayaan Eropah telah berpindah tangan ke Amerika.
Oleh itu Eropah memerlukan ekonomi baru.
Perjanjian Bretton Woods
Pada Julai 1944, sebanyak 730 peserta dari 44 negara berikat menyertai persidangan ini di Bretton Woods, New Hempshire, Amerika Syarikat. Matlamat persidangan ini adalah untuk mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi dunia, terutamanya di Eropah selepas WW2.
Pada persidangan ini Perjanjian Bretton Woods (The Bretton Woods Accord) dimeterai dimana sistem matawang baru diperkenal.
1. Setiap negara tidak dibenarkan mengunakan “Gold Standard”.
2. Setiap negara akan mengunakan “Dollar Standard”
3. Dan setiap dollar Amerika ditambatkan pada emas pada nilai $35 per 1oz emas
4. Setiap negara akan mempunyai nilai tukaran matawang yang tetap dibandingkan dengan dollar Amerika (bukan emas). Contohnya 15 yen bersamaan $1.
5. Dan setiap matawang yang disandarkan pada dollar Amerika boleh ditebus dengan emas, berdasarkan tukaran matawang tetap (item 4).
6. Matawang lain boleh diubah nilai (susut atau naik) tetapi mesti ditambat  pada dollar Amerika.
Dan pada hari ini tamatlah riwayat “piawaian matawang emas”.
Dan juga, secara automatik menamatkan riwayat Pound Sterling sebagai matawang antarabangsa.
Kini Dollar Amerika menjadi piawai matawang antarabangsa atau dipangil “World Reserved Currency”.
Richard Nixon Keluarkan Emas dari  Kitaran
Walaupun Perjanjian Bretton Woods menambat dollar pada emas, tetapi ini tidak melarang Amerika untuk terus mencetak dan memanipulasi sistem matawang.
Pada 1971, Amerika sibuk dengan peperangan Vietnam. Dan kos peperangan ini semakin meningkat. Dan Amerika kini berbelanja lebih dari pendapatan.
Untuk menampung perbelanjaan ini, mereka perlukan lagi wang.
Kerana dollar Amerika adalah matawang tambatan, dollar mesti sentiasa ada dalam kitaran. Sistem matawang dollar mesti sentiasa cair (liquidity) untuk mengelakan kegagalan ekonomi seperti apa yang berlaku pada Great Depression. Dan jika setiap dollar telah dibelanjakan untuk peperangan, mereka terpaksa meneruskan mencetak wang sesuka hati, menjadikan wang kertas lebih banyak dari emas simpanan Amerika.
Mereka telah lupa pada perjanjian Bretton Woods yang mereka tanda tangani dulu dimana 1oz emas ditambatkan pada $35.
Dan ini merisaukan negara-negara yang terlibat didalam perjanjian Bretton Woods. Mereka risau kerana setiap keping matawang mereka yang disandarkan pada dollar Amerika semakin susut nilai.
Amerika muncul dengan satu idea yang “boombastik”. Untuk mengatasi masalah penyusutan nilai matawang, Amerika mengsyorkan agar negara-negara lain menyusutkan nilai matawang agar boleh diselarikan dengan penyusutan nilai matawang dollar Amerika.
Dan Jerman Barat sekeras-kerasnya menolak usul ini dan tidak akan menyusutkan nilai matawang Deutsche Mark mereka. Ini menjadikan keadaan lebih sukar untuk Amerika. Insiden ini menyebabkan pelabur mula kurang tertarik dollar Amerika dan membeli Deutsche Mark menyebabkan harga dollar Amerika semakin susut.
Susulan itu, Switzerland pula menukarkan $50 million wang dollar Amerika dengan menuntut semula emas-emas mereka seperti yang termaktub dalam perjanjian Bretton Woods. Diikuti dengan Peranchis sebanyak $191 million dollar Amerika.
Ini telah menyusutkan simpanan emas Amerika. Bagaimana semua dollar Amerika didalam kitaran hendak disandarkan pada emas apabila simpanan semakin susut ?
Akhirnya Richard Nixon terpaksa mengambil langkah yang drastik. Pada Ogos 15, 1971 beliau mengumumkan bahawa Amerika lagi tidak akan memenuhi perjanjian Bretton Wood. Dengan selamba, Amerika tidak akan memenuhi tuntutan untuk menukarkan dollar Amerika kepada emas seperti yang dijanjikan.

Dan pada hari itu, secara keseluruhan sistam matawang bersandarkan logam-logam berharga kini hilang dari kitaran. Kini dollar Amerika hanya disandarkan hanya pada keyakinan dan kewibawaan terhadapan pentadbiran dan ekonomi Amerika Syarikat.
Dan sejak tahun 1940an, kita telah hidup dengan kepercayaan terhadap dollar Amerika. Dan jika kepercayaan ini musnah, apakah akan terjadi seterusnya ? Tidakkah kita pernah belajar dari sejarah ?
credit to : petibesi.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami