PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Tuesday, September 28, 2010

Utk para pembeli yang setia -update 4 okt 2010


1. SYILING BUNGA RAYA  10 gram EMAS 999.9 -



                                                    
2. SET DIRHAM KELANTAN harga rujuk di http://islamicmint.com.my/


Masih ada stok




Friday, September 24, 2010

HARGA YANG DITUNGGU HAMPIR TIBA USD1300.00!!!

Carta emas Kitco menghampiri kepada USD1300.00. Ketika catatan ini dibuat carta Kitco menunjukkan USD1298.20.
Carta tertinggi sebelum ini ialah USD1265.40 - 21/6/2010.
Carta terendah sebelum ini ialah USD1157.90 - 28/7/2010.

Saturday, September 18, 2010

Bagaimana nak mula dgn EMAS nie??

Soalan yang popular dalam minggu ini..

Macam mana nak mula?macam mana nak beli? macam mana nak melabur emas? itulah soalan utama yang sering diajukan kepada saya. Itu perkara biasa jer. Di sini saya nak citer2 skit lah cmna nak mula bagi bakal pelabur2 emas.
Sebenarnya senang saja..seperti yang anda semua maklum..harga emas ni sentiasa dalam trend menaik..walaupun ada kala harga jatuh adakala harga naik..tapi secara keseluruhannya..harga emas tetap dalam trend menaik..


cuba tengok graf kat bawah ni..untuk jangka masa 10 tahun..


semua ni anda buleh rujuk dekat website http://www.kitco.com  
ok..dah tengok? ok sekarang pulak..saya nak bagi tau macam mana nak mula?

anda semua buleh la rujuk web ni http://www.publicdinar.com/  untuk emas dinar, tak pun kalau ade yang berminat nak simpan emas bar (jongkong)bleh la rujuk http://www.publicgold.com.my/  




Harga terkini bagi Emas Public Gold, adalah seperti contoh jadual dibawah (biasanya jadual begini terdapat di tepi web yg tersebut).

Harga We Sell ialah harga EMAS yang dijual oleh saya dan
Harga We Buy ialah harga EMAS yg sy beli bila anda nak jual balik kpd sy.



Sebenarnya ramai juga yang tanya apa beza Emas Public Dinar(PD) dan Emas Public Gold(PG). PD dan PG adalah dibawah keluaran syarikat yang sama iatitu dari syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Public Gold. 



Emas PG ketulenannya adalah 999 ( 24K ) atau kalau bahasa kampung tu emas 10, terdapat dalam bentuk


20 gram ,50 gram (bentuk Bar) , 50 gram (bentuk syiling/coin) ,100 gram,  1 kilogram


Manakala Emas PD ketulenannya adalah 916, (22K ) terdapat dalam bentuk;


1 Dinar  5 Dinar   10 Dinar
lepas dah cek harga kat web public dinar atau public gold tadi…


so bleh la call saya 017-7675446 (Azrul ) untuk lock harga tu.. sebab kalau x lock takut harga tu naik pulak bila nak beli nanti..

so jangan tunggu lama-lama..lock price sekarang..harga naik ke harga turun ke..anda pasti x rugi..nak tau kenapa?nanti saya ajar caranya ok ...

ingat BILA BELI EMAS, PASTIKAN ANDA DAPAT EMAS .



PROMOSI KHAS SEMPENA SYAWAL.


tukarkan RM596 duit raya ANAK anda ke 1 Dinar..
 maka NILAI duit raya itu akan automatik bertambah setiap tahun..

hubungi Azrul 0177675446

Thursday, September 16, 2010

PELABURAN EMAS VS PELABURAN PERAK




100 gram Perak 999 RM320.00 sahaja
100 gram Emas 999 dah cecah RM14,900.00




1 oz Perak masih lagi RM96.00
1 oz Emas dah cecah RM4207.00!!
so, masih sempat utk memiliki 1 oz perak dgn harga yg murah..
hubungi 0177675446 Azrul

Sunday, September 5, 2010

PROMOSI SEMPENA HARI RAYA 2010

Berikut beberapa item yang hendak di jual :


1. Rantai Tangan Kanak- Kanak EMAS 916 ( 22K )  -
BARU  harga 135/g !!!
( less RM11 dari Kedai Emas RM146 skang update 24 Sept )


Harga = RM1146.00 sahaja!
Panjang = 14 cm
Berat = 8.49g
Emas = 916 ( 22K )


2. Rantai Tangan Dewasa EMAS 999 ( 24K ) -  
BARU harga 140/g SAHAJA !!! ( less RM9 + upah dari Kedai Emas  )


Harga = RM1270.00 sahaja!
Panjang = 17 cm
Berat = 9.09g
Emas = 999 ( 24K )




3. Rantai Leher EMAS 916 ( 22K ) -
USED  HANYA 121/g !!! ( less Rm20 dr Kedai Emas ) ( tq Erika )

Harga = RM2720.00 sahaja!
Panjang = 45 cm
Berat = 22.48 g
Emas = 916 ( 22K ) 

SPECIAL PROMO!! used GOLD 916 rm121/g



RM2260 SAHAJA!!
CANTIK, GOOD CONDITION N LOOK NEW!!

4. Stok Penimbang ( besar tapak tangan) RM160
 - 10 unit 8 unit lagi


hubungi 017-7675446 Azrul

Saturday, September 4, 2010

Hutang, riba hukum-hakam pemodal

Salam sejahtera dan semoga semua pembaca berada didalam keadaan sihat walafiat. hari ini saya ingin berkogsi artikel yang menarik utk di baca bersama..

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.

Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.
Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.
Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.


Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.


Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.


Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.
Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.
Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.
Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.
Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rahsia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.


Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.



Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank!!.


 Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.






Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.



Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

asal oleh
Hishamuddin Rais
Apr 9, 09
4:16pm
edit by Azrul Syahrizan Ab Rahman

Adakah anda masih tertanya-tanya simpanan sebenar?? Emas or wang kertas?



Wednesday, September 1, 2010

duit raya 2010 jom berubah,,,


dari mula penciptaan DUIT KERTAS sehingga sekarang kita menggunakan wang kertas sebagai duit raya...apa kata tahun ini kita mula berubah ke...


1 Dirham = RM15 ( utk sedara mara )


1 gram = RM180 ( adik beradik )



1 Dinar = RM580 ( mak ayah )

InsyaAllah kita yg mampu mengubahnya..berubahla bermula tahun 2010

SET DINAR KELANTAN & DIRHAM KELANTAN

DAPATKAN SEKARANG !!

0177675446 AZRUL





1 Dirham RM15 sahaja

20 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum. hari ini sy ingin berkongsi amalan yg membantu kita menambahkan rezeki. InsyaAllah..mari kita cuba satu persatu...

20 AMALAN MURAH REZEKI


Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…

1. Menyempatkan diri untuk beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sumber: Majalah ANIS

Anda dah amalkan 20 amalan ini??Ayuh sama2 kita amalkan...
Promotion Period: 1 September 2010 - 31 October 2010




Cepat-cepat bagi yang telah terlepas promosi sebelum ini, jangan lepaskan lagi peluang terbaru ini. Public Gold membuka semula peluang untuk menjadi ejen Aura Aurum dengan hanya bermodalkan RM40 000 RM20 000 sahaja.

Hubungi saya segera!!! Ejen Aura Aurum diperlukan diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapura

KELEBIHAN menjadi ejen Public Gold di bawah rangkaian Aura Aurum

Mendapat komisen sebanyak 1.5% atas setiap pembelian emas dengan Public Gold.

Capital gain daripada kenaikan harga emas (tak jual pun stok naik harga)

Membeli dengan harga yang murah, dan menjual semasa harga meningkat

Mendapat komisen 0.3% atas setiap jualan semula emas anda kepada Public Gold.

Untung belian semula emas daripada pelanggan anda (5%-6% lebih murah daripada harga semasa)

Keuntungan berkongsi komisen sesama agent ;)

Kelas dan bimbingan percuma. Nama anda disiarkan di laman web Aura Aurum ( hit 30K )

Why become Public Gold agent?

1) Commission/Discount 1.5% on the gold purchase from Public Gold

Commision 0.3% on gold sell back to Public Gold

2) Buy Back 5%-6% below market price

3) Capital Gain from Increase of Gold Price

4) Speculation on Gold Price (Buy Low Sell High)

5) Sharing commission between agents

6) Special class for agent (FREE)


HUBUNGI 017-7675446 Azrul Syahrizan Ab Rahman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami