PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Monday, January 3, 2011

Dah buat Pilihan 2011 ? Emas atau ASB?

Artikel ini dr En Rosihan Anwar Agen dr Rangkaian Aura Aurum

"Saya nak beli emas, tapi camna ek??"
"Orang kata simpan emas untung, betul ke?? Ada figure??"
"Emas memang untung, saya nak convert semua duit..beli emas"
Berikut adalah antara persoalan yang bermain di minda kita, terutamanya apabila hendak memulakan pelaburan atau menceburi sesuatu bidang, secara khususnya emas. Emas merupakan komoditi yang tergolong dalam 'precious metal' yang mempunyai nilai yang cukup unik. Namun, sebelum memulakan sesuatu adalah amat digalakkan kita mengkaji secara menyeluruh bidang yang ingin diceburi, in other words 'due dilligence'.

Buat rakan-rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut, berikut adalah soalan-soalan panduan yang dapat dijadikan sebagai senarai semak:
1. Kalau saya beli emas, adakah saya akan dapat emas??
2. Benarkan emas menguntungkan?? Boleh tunjukkan pada saya??
3. Kalau saya beli emas, simpan. Bila saya akan untung??
4. Emas yang saya beli ini, berapa susut nilainya??
5. Kalau emas ini rosak, saya boleh jual balik ke??
6. Kenapa harga emas dari setiap penjual tak sama??
7. Apa bezanya emas pelaburan dan barang kemas??
8. Bagaimana emas boleh melindungi kekayaan kita??

Pada saya berikut adalah soalan-soalan yang cukup kritikal yang harus difahami secara terperinci oleh bakal pembeli emas dan harus diterangkan secara jujur oleh pengedar dan penjual emas. Sila renung-renungkan dan selamat beramal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami