PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Tuesday, December 15, 2009

KOTAK SIMPAN EMAS ( PERHIASAN ) HARGA 1 DIRHAM

je
Saya ada menjual Kotak Simpan Emas ini dengan harga 1 DIRHAM..  SMS  017-7675446 utk pembelian then anda pos 1 Dirham kepada sy dan sy akan POS Kotak ini kepada anda..

UPDATE : ramai yg berminat dgn kotak ni tp TAKDE 1 DIRHAM maka disini sy ingin memudahkan anda memiliki 1 Dirham dan 1 Kotak Emas ini dengan HARGA RM35  sahaja termasuk kos pos.  so ada akan dpt 1 DIRHAM dari WAKALA NUSANTARA dan 1 KOTAK KAYU UKIRAN BUNGA MAWAR

STOK SENTIASA ADA. JUST SMS ORDER SET KOTAK KAYU X 1 UNIT
( nyatakan bilangan unit )

anggaran saiz kotak tu bandingkan 1 Dinar anda dari kiri 1 Dinar Public,1 Dinar kelantan dan 1 Dinar Muslim


1 DIRHAM


Thursday, December 10, 2009

AZAM 2010 MENYIMPAN SEKURANG-KURANGNYA 12 KEPING 1 DINAR

Mari bersama-sama berkongsi azam dengan saya dgn mula menyimpan 1 Dinar 1 bulan.. kita berusaha utk berjimat dan mencari pendapatan tambahan untuk mendapatkan sekeping 1 Dinar setiap bulan . Just hubungi atau SMS 019-712 7675 / 017 -7675 446 utk memiliki 1 dinar Emas..ayuh mulakan sekarang

Antara pilihan 1 Dinar setiap bln 2010:
bln Januari , Februari dan Mac - 1 Dinar Logam Mulia
bln April, Mei dan Jun - 1 Dinar Muslim dr Nubex
bln Julai , Ogos dan September -1 Dinar  dr Public Dinar
bln Oktober, November dan Disember - Dinar Kelantan


ayuh pelbagaikan jenis DINAR ANDA.. sms 017-7675446 utk memiliki mana2 jenis dinar KELANTAN, DINAR PUBLIC DAN DINAR MUSLIM

stok kesayangan
1 Dinar Royal Mint

Wednesday, December 9, 2009

Sejarah Dinar Emas


Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.

Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.
Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).

Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram.
Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.


Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas
bersamaan dengan 10 dirham perak.


Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain.



banyak lagi yg sy tak tahu tentang dinar ni..memang satu ilmu yg luas..

bacaan tambahan klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas

Tuesday, December 8, 2009

Pengalaman menukar RM kpd Emas



Sy mula menukar RM kepada Kijang Emas sejak 2007 tp mula menjual dan beli koleksi  Dinar Emas sejak akhir2 ni je..seronok kumpul Jenis2 dinar emas ni..antara dinar dlm koleksi Dinar Kelantan, Dinar Public Dinar, Dinar Logam Mulia, Dinar Royal Mint dan Dinar Muslim.. Jom pelbagaikan jenis dinar kita selain meniaga emas kita juga convert keuntungan meniaga emas dlm bentuk dinar...

1 DInar Royal Mint

Monday, December 7, 2009

KOLEKSI DINAR MUSLIM UNTUK DIJUAL. BERSAMA MILIKI DINAR MUSLIM




1 Dinar Muslim utk DIJUAL.
Pembeli stok 5 kpg hari tu..Pn Wan 2 kpg , bro Pian 2 kpg dan Pn Lin terima ksh( 5/5 SOLD )...sms 0197127675 jika berminat . Serius buyer ek

STOK BARU LAGI 3 KEPING...mari PELBAGAIKAN STOK DINAR ANDA

Thursday, December 3, 2009

STOK KOLEKSI 1 DINAR UNTUK DIJUAL


Item: PUBLIC GOLD 1 Dinar

Spesifikasi: Emas 916


Diameter: 18 mm


Tebal: 0.72 mm

Berat : 4.25 mm

Stok:  ada lagi 7/13 keping) 6 keping di beli oleh Wanis

Harga: taip PUBLIC DINAR htr ke 32828 sahaja hehe

Berminat: SMS 0197127675 or YM: azrulnavy


"Siapa cepat gerenti dapat"





Tuesday, December 1, 2009

Syukur ALHAMDULILLAH

Segala Puji bagi ALLAH..


Emas meningkat 37% ..hoho kalo ASB mungkin 8% kot tahun ni..
Mari la membeli sekurang2nya 20g atau 1 Dinar!!!
Hubungi atau SMS 019-7127675 @ 017-7675446 Cikgu Azrul  utk HArga Menarik..

atau nak info lanjut baca EBOOK ni..

Friday, November 13, 2009

Emas itulah hartamu yang sebenarnya!

Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [Ali Imran: ayat 14] Iklan

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: "Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya."


Emas kekal sehingga ke akhirat!
Nampaknya emas dan perak ini berperanan juga di negeri akhirat kelak, sama ada dalam syurga atau neraka. Tuhan menyebut di dalam al-Quran betapa orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak tersebut.


Tidak disebutkan tentang duit ringgit, dollar Amerika, Rupee, Rupiah Indonesia, pesos Filipina atau New Shekels (ILS) di Israel.

Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Thursday, November 12, 2009

BACA E-BOOK UNTUK YANG BARU MENGENALI EMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman,

Jika anda seorang yang ingin mencuba dalam pelaburan emas sila baca e-book ini dulu.


Sejak saya membaca ebook ini saya telah berupaya menyimpan emas seperti ini. Anda bila lagi?? Mula kan dgn 1 Dinar atau 20g EMAS. hubungi sy Cikgu Azrul 0197127675


Wednesday, November 11, 2009

HARGA MENCANAK LAGI..


Tuan-tuan dan puan -puan cepat tukarkan RM anda dengan EMAS.

KIJANG EMAS dah NAIK +-8 % dlm SEBULAN..ASB 8% SETAHUN....

harga utk 1 oz Kijang emas 5 OKT 2009 = RM 3619.00
Harga HARI INI   11/OKT 2009           =  RM 3897.00

Untung SEBULAN RM278/3619 x % =  7.6% hiihi baru SEBULAN BAYANGKAN SETAHUN..
( p/s keuntungan harga selling dijual pada org..harga semasa - harga beli )



Monday, November 9, 2009

HADIS TENTANG DINAR

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham."
(The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Saturday, November 7, 2009

BIJAK WANG - PROGRAM TV3 PELABURAN EMAS

Hehe antara isi penting program ni.

1. Emas dlm 5 tahun kebelakang ni harga naik dlm 250% huhuh 50% setahun tu..ASB 8% setahun..so pepandai la kira ek..

2. Skang harga emas +-USD1100 so Mantan Pengerusi BSKL sebut kemungkinan Emas akan cecah USD2000!! hihi pepandai la kira emas yg anda beli rege sekarang.

3. USD  akan terus merudum kalo masyarakat antarabangsa start urusniaga dlm bentuk EMAS dan lupakan USD utk jual beli dan eksport import..hihihi

4. Better beli emas TULEN 999 tp kalo nak li 916 pon ok janji EMAS

5. Semoga anda pepandai la wat kira-kira utk PELBAGAIKAN PORTFOLIO PELABURAN ANDA.

Wednesday, November 4, 2009

PROMOSI KEMBALI RM520 SAHAJA..Mari Pelbagaikan Koleksi Dinar Anda..


STOK   5 keping untuk di jual..( tinggal lagi 2 keping !)


BERAT 4.25g emas 916

So kepada para penyimpan EMAS fikir-fikirkan lah..

InsyaAllah kita akan memperolehi keberkatan dalam menyimpan emas. Amiin
                                                                                                          Sampul 1 Dinar Kelantan

PROMOSI 1 DINAR 1 FAMILY KEMBALI

1 dinar kelantan utk dimiliki RM520 sekeping .
Berat 4.25 g emas 916. sama je dgn 1 dinar Public Dinar tu dr segi berat. Sesuai utk para PENYIMPAN..

SMS utk tempahan 0197127675

Tuesday, November 3, 2009

HARGA EMAS YANG PERNAH DIBELI

STOK Harga Penjual
1 x Dinar Public Dinar = RM495 ( tak ingat la pulak ) hari ini rm544
1 x Dinar Kelantan = RM485 ( ar rahn Bentong ) hari ini rm520
1 x 20gram = Rm2390 ( pokli ) hari ini rm2625
1 x 5 dinar = RM2500 ( abg omar kulim ) hari ini rm2710
1 x 1oz kijang Emas = RM2825 (maybank Tg malim) hari ini rm3873
1 x 1/2oz = RM1800 ( maybank KL ) hari ini rm1963
1 x 1/4oz = RM890 ( maybank KL ) hari ini rm1005
1 x Saudi Gold 8gram = RM550 ( cikgu awi ) hari ini rm1016

Adakah anda hanya melihat gelombang kenaikan harga EMAS tanpa membuat apa-apa.. Mulakan menyimpan 1 Dinar utk keluarga ANDA!!

HArga hari ini memang mengancam...

Sunday, November 1, 2009

RAKAN -RAKAN NILAIKAN RM500 (BONUS) ANDA BERBANDING 1 DINAR 2010 NNT


Tapi kalau ada RM5000, mari tukar kan RM5000 anda kepada 2 keping 5 DINAR
Selamat jer simpan 5 dinar ni berbanding RM5000

lanjut tentang Dinar www.publicdinar.com

Tuesday, October 27, 2009

KEMPEN 1 DINAR 1 FAMILY Harga Website ..Promosi Tamat Terima kasih kepada Semua Pembeli(HARGA PROMOSI RM529 dan 5 Dinar RM2620 ( TERHAD 3 KEPING SHJ )


Mari  kita realisasikan 1 dinar 1 family atau 5 dinar 1 family.
Kepada ibubapa, abg dan kakak mari beli DINAR untuk family kita.


Saya akan membantu anda untuk MEMILIKI sekurang-kurangnya 1 DINAR..

sms 019-7127675 untuk keterangan lanjut. PROMOSI TAMAT ( Contoh 1 untuk mama, 1 untuk Ayah 1 untuk Anak

Saturday, October 24, 2009

Syiling Emas dari ArabSaudi tahun 1927

Syiling seberat 8 gram. 22K ( cantik dan menawan ) gambar akan di email bagi yang betul2 berminat sahaja..

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 12, 2009

EMAS MENCANAK LAGI..MENGHAMPIRI USD1100 ..mari tambah ASET

hai la mlm nie dok ngadap harga Emas yg mencanak lagi...rasanya diaorg psiko sapai USD1100 baru nak turun..atau terus naik sapai USD1200??
kita fikir sama2 la kawan2 yek

Harga EMAS turun lepas DEEPAVALI?


ada sape2 boleh bantu menganalisis ttg harga emas lepas depavali ni??

Sunday, October 11, 2009

Apa beza Dinar dan Dirham?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.


Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.



Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.

‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Saturday, October 10, 2009

Saranan Salleh - Emas sebagai alternatif pelaburan

Korang masih was-was atau tak yakin dgn emas..so cuba baca artikel kat utusan arini.. ditulis oleh Mantan Presiden BSKL..


MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

Friday, October 9, 2009

Pengalaman Jual Beli Emas

saya membeli emas 20gram PG dari pokli ( bln ramadhan RM2390 rasanya ) pastu sy mula tayangkan emas tu kepada rakan2 . ramai yg mula sedar dan tertarik tp kekurangan modal.. sy terus menyebarkan kelebihan menyimpan emas ni tanpa jemu. akhirnya lepas raya saya berjaya menjual emas saya. dan mendapat banyak tempahan 20gram..syukur Alhamdulillah.. pasni target nak jadi Agen pulak..nak merasa pegang EMAS banyak2 then leh keluarkan zakat utk fakir miskin. kalo kita miskin cmne nak kuarkan zakat..hehehe

ni gambar yang menjadi inspirasi ..gambar dr wbsite pokli..

Syiling Dinar ku yang Pertama


Syiling 1 dinar ini di jual oleh seorang sahabat dari Internet.. tak pernah bersua muka n penghantaran syiling pon hanya kami berdua jer tau..( itu pon kalo sahabat internet ni tak bagitau org...hehehe )


Nak kumpul sebanyak yg mungkin 1 dinar ni sebab leh wat koleksi cam http://www.pokli..com/( org pertama yg jual emas pada saya)

Dinar dan Emas

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari EMAS dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).




(Surah Ali Imran, ayat 14)

Setelah membaca terjemahan ini
ermmm..semakin kuat semangat untuk menyimpan EMAS..

Wednesday, October 7, 2009

Harga emas capai paras tertinggi

HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.

Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.

Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.



“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.

Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.

Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain.

The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.

Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.

Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.

Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.

Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Weak dollar drives US gold to record high $1,043.20

mlm ni dok seronok harga emas melambung, mencanak2 , meloncat2, sapai tahap tertinggi...ingat lagi masa dia nak sapai 1000 dulu jenuh tunggu...rasanya harga mainan emas skang ni 1030 la ek.

Sunday, October 4, 2009

NEWBIE DALAM EMAS - Kijang Emas paling mudah dan selamat?

Bahan ni sy amik dr blog http://rizzmerr.wordpress.com ( dah minta kebenaran amik bahan 5 okt 2009 kalo tak benarkan sy delete balik

Pelaburan dengan menggunakan kijang emas BNM adalah satu kaedah yang paling mudah untuk mendapat keuntungan…sesuai untuk newbie dalam dunia emas ni…saya akan tunjukkan analisa bagaimana menjana keuntungan dengan kijang emas.

Sebelum menganalisa, saya jelaskan serba sedikit langkah yg patut di ambil kira.

1) Jangan Tamak - Ambil entry atau exit pada kawasan average range sahaja…nanti ada yg terlepas bas pulak..walau apa pon semua adalah atas kehendak-Nya..

2) Tengok Graf – Dapatkan pandangan dari beberapa sahabat yang memahami tentang pergerakan harga dan buat kesimpulan atas diri sendiri..

3) Penjagaan – Pastikan kijang emas di simpan dengan baik utk mengelakkan kecalaran atau apa jua kecacatan fizikal yang menyebabkan Maybank tidak menerimanya..

4) Analisa – Buat analisa sendiri pergerakan harga setahun melalui carta graf dan bahagikan kepada 4 bahagian sebagai rujukan dan memahami pergerakan harga2 yang lepas sebagai panduan semasa untuk anda membuat entry atauexit.. Previous Kijang Emas RateGraf Pergerakan Harga Kijang Emas 2008

Perhatikan terdapat 4 harga rendah dan 4 harga tinggi..kawasan yang dibulatkan adalah kawasan sesuai ataupun average range…

Kalau sahabat rajin cuba buat graf bulanan bagi harga terkini untuk lihat pergerakan di mana..insyaAllah memang jelas kelihatan sama ada utk entry atau exit…

Thursday, October 1, 2009

KIJANG EMAS

HUhu semalam godeh2 blog yang berkenaan emas tetiba terbuka satu blog yang spesifik ttg KIJANG EMAS..mantap tul penulis blog tu..rajin wat research...tp telupa lak nak add kat faborite blog



dah lama cari kira-kira cam gini bila mula membeli kijang sejak 2007..


tuan2 and puan cuba la beli kat maybank yg jual..


memang emas ni puas hati n yakin...


keratan akhbar...

Tuesday, September 29, 2009

CEPAT TAMBAHKAN ILMU EMAS DENGAN memilikinya..klik je banner tu..

Mengapa EMAS???

MENGENALI EMAS : Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.





Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU

kumpul syiling EMAS

Hobi baru mengumpul syiling emas. Kijang Emas adalah syilng emas yang sgt cantik!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami