PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Friday, October 1, 2010

Kisah menjadi pembeli, penyimpan dan akhirnya pengedar Emas dan Perak

Assalamualaikum,


Kepada para pengunjung blog dan para pembeli yang setia dgn blog ini saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda. Saya doakan agar saya dan anda dapat menyimpan lebih banyak EMAS dan PERAK utk diri dan keluarga. InsyaAllah


Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk memulakan perniagaan emas ini? Jawapan saya mudah sahaja. Langkah PERTAMA ialah membeli EMAS dahulu. Ikut kemampuan SIMPANAN anda. Jika simpanan anda mempunyai RM600 anda boleh memulakan dgn membeli 1 Dinar.

Jika simpanan TUNAI anda mempunyai RM3000 anda boleh memulakan dengan membeli 20g Public Gold dan seterusnya... yang penting jika anda ada SIMPANAN TUNAI berubahlah kepada SIMPANAN EMAS kerana InsyaAllah anda tidak akan menyesal.

Saya suka membaca dan mengikuti blog Dr Azizan Osman di mana salah satu kata2 beliau yg sy suka ialah:

"Ramai orang mempunyai produk atau perkhidmatan yang luar biasa di Malaysia ini dan mereka berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan mereka. Tetapi disebabkan mereka tidak ada ilmu, mentor dan sistem atau strategi pemasaran yang betul dan berkesan, perniagaan mereka tidak berkembang atau ada yang sehingga tutup dalam masa yang paling singkat! Biar berniaga secara kecil-kecilan tetapi pelanggan datang besar-besaran.”
Dr.Azizan Osman


Kisah menjadi pembeli, penyimpan dan akhirnya pengedar Emas dan Perak

Saya mula menjadi pembeli emas dengan  membeli 1/4 Kijang Emas di Maybanksemasa saya belajar di UPSI tahun 2007 dengan harga RM618. Kemudian saya membeli lagi 1 oz Kijang Emas dgn harga RM2875 pada Okt tahun 2008.

Kemudian tahun 2009 saya membeli 20g daripada Pokli . Seorang master Agent yg sangat baik hati dan rajin membantu para pelanggannya. Disini bermulanya episod kedua iaitu penyimpan emas secara tetap.

Saya memulakan perniagaan emas dengan 1 Dinar keluaran Public Dinar . harga masa itu ialah RM495 . dalam masa yang sama saya berusaha utk mendapatkan pembeli. hehehe tak sangka dlm masa tiga hari harga menjadi RM505 dan saya terus jual kpd rakan sy dgn harga RM505 . wah tiga hari  dpt RM10.. sy rasa seronok pulak. Maka sy try membeli lagi 2 kpg 1 Dinar dgn harga RM505 x 2 dgn En Adam dr puchong. hehe resitnya masih sy simpan..

Sambung esok..

( cerita kedua berjumpa sifu Syukor bin Hashim )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami