PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Wednesday, November 9, 2011

Cuti Sekolah dan MAS KAWIN!

Assalamualaikum / salam sejahtera',






Saya mendapat sms dr seorang customer, "Salam En Azrul, sy ingin menjadikan 1 Dinar Darul Takzim sebagai maskawin. Berapa harga sekarang?" Haslena
( CIk Haslena akan melangsungkan perkahwinan pada 13 mac 2011 di Felda Air Tawar Kota Tinggi Johor. ) . Kami di Aura Aurum Trading memanjatkan doa agar majlis perkahwinan itu nnt berjalan lancar.Amiin.


Alhamdulillah gembira  bukan kepalang kerana cita-cita kami akhirnya tercapai dengan Kembalinya Sunnah Mas Kawin. Ramai yang telah sedar bahawa WANG KERTAS bukanlah harta yang bernilai utk dijadikan mahar/maskawin.


Sedikit artikel ingin saya kongsikan bersama rakan2..
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
sumber – Islam.gov.my
Pemberian mahar oleh suami kepada si isteri melambangkan kesungguhan suami terhadap isteri, juga melambangkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri. Antara dalil-dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri ialah :-
firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4
 .Wa 'Ātū An-Nisā' Şaduqātihinna Niĥlatan Fa'in Ţibna Lakum `An Shay'in Minhu Nafsāan Fakulūhu Hanī'āan Marī'āan.

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”
( Riwayat Bukhari )
Dari dalil diatas menerangkan pemberian mahar dari suami keatas isteri adalah wajib dan dari hadith diatas ternyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat.
Penggunaan dinar dan dirham sebagai mas kahwin dan hantaran kahwin di Malaysia masih tidak meluas tetapi yang pasti sudah ada individu yang menyebarkan dahwah Islam dalam akad nikah dengan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin. Walaupun mereka tidak mampu berdiri dihadapan orang ramai untuk menyebarkan Islam, tetapi mereka ada cara tersendiri untuk berdakwah.

1 Dinar Darul Takzim


Ketika berhijrah ke Madinah 'Abdurrahman bin 'Auf, salah satu sahabat terdekat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, meninggalkan seluruh harta dan kekayannya di Mekah. Setiba di Madinah ia cuma minta ditunjukkan letak pasar dan merintis usaha yang baru, berdagang minyak samin dan keju. Dan ketika ia menikah tak lama kemudian, Rasulullah sallallhu alaihi wassalam, bertanya kepadanya:
"Berapa mahar yang engkau berikan kepada istrimu?"
"Sekeping (Dinar) emas," jawabnya.
Sebagaimana kita ketahui kemudian 'Abdurrahman bin 'Auf menjadi seorang pengusaha yang sangat kaya raya dan sangat dermawan. Ketika ia wafat, kepada empat istrinya, ia mewariskan harta masing-masing sebesar 80.000 Dinar emas.
Dari kisah ini kita mengetahui pula bahwa memberikan mahar kepada calon istri berupa Dinar emas merupakan sunah. Soal besarnya tidak ada ketentuan. Rasulullah sallallahu alaihi wassalam tidak pernah menetapkannya, bahkan menyatakan agar pihak mempelai perempuan tidak memberatkan mempelai pria. Namun demikian, 'amal penduduk Madinah, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Malik, dalam kitabnya Muwatta, dapat dijadikan sebagai rujukan.

Dalam bab 28 tentang Pernikahan, Imam Malik meriwayatkan, 
Malik berkata: "Aku tidak setuju jika wanita dapat dinikahi dengan [mas kawin] kurang dari seperempat Dinar. Itu adalah jumlah terendah, yang [juga jumlah terendah] untuk mewajibkan pemotongan tangan [karena mencuri]".
Jadi, mahar kepada mempelai wanita, menurut 'amal Madinah, sekurang-kurangnya adalah seperempat Dinar emas.

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Bahwa Nabi saw. melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu
beliau bertanya: Apakah ini? Abdurrahman menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku
baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas. Rasulullah saw.
lalu bersabda: Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor
kambing. (Shahih Muslim No.2556)
Mungkin anda tidak pernah mendengar kisah pasangan yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin, pendedahan eksklusif ini membuktikan tradisi menggunakan dinar dan dirham sebagai mas kahwin kian mendapat sambutan. Bagi mereka yang mahu perjuangkan dinar dan dirham sebagai matawang islamik sebenar, anda boleh memulakannya sekarang, tukar mas kahwin dari duit kertas kepada dinar emas. Ikuti kisah dibawah : -

“Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam. ”
sumber – 
Arkib Utusan
Pernikahan antara M. Nasir dengan Marlia Musa berlangsung pada tahun 2000, dengan 13 dinar emas yang berharga RM2000, sudah 10 tahun berlalu. Apa yang menarik tentang kisah ini ialah penggunaan dinar pada masa itu belum pun meluas,malah dinar yang dikeluarkan secara rasmi dalam dunia moden ialah yang dikeluarkan oleh UAE lebih kurang setahun selepas pernikahan M Nasir.
Jika standard dinar tersebut mengikut piawaian Saidina Umar Al Khatab iaitu 1 dinar bersamaan 4.25g emas 916 (22 karat) ,maka harga bagi 1 dinar masa itu adalah RM153 ,dan hari ini ( 22/2/2011) harga 1 dinar secara purata ialah RM650, maka jumlah keseluruhannya hari ini telah bernilai RM8450.
Dan hari ini dengan RM2000 anda hanya mampu membeli 2 1/2 dinar emas sahaja!!

Emas sebagai alternatif untuk dijadikan hantaran kahwin dan mas kahwin. Emas tidak perlu dihiasi secantik hiasan kerana emas itu sendiri mempunyai kecantikan pada pandangan manusia. Kalau tradisi kita memberi hantaran dan mas kahwin dengan duit kertas, tak salah kalau hari ini kita berubah dengan menjadikan emas sebagai hantaran dan mas kahwin.




Koleksi gubahan maskahwin utk tatapan semua.







"Ku persembahkan Untuk Isteriku Tercinta"

Tentu lebih bermakna..

Kepada kawan-kawan yang mahu ke jinjang pelamin, saya galakkan anda menggunakan dinar atau dirham sebagai mahar kepada bakal isteri anda.
Kepada wanita-wanita yang berada di luar sana yang ingin berkahwin, berbincanglah dengan pasangan anda tentang Mahar .
 Adakah anda mahu WANG KERTAS bernilai RM22.50 atau 1 Dinar Emas? Fikir-fikirkan...
Kepada yang ingin menempah Dinar Emas boleh hubungi saya di :
013-7785446 Cikgu ASAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami

There was an error in this gadget