PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Monday, July 12, 2010

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Salam sejahtera dan apa khabar.
Hari ini saya ingin berkongsi artikel yg sy rasakan amat berguna utk pedoman kita bersama dalam usaha menyimpan Emas dan Perak


Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’.
Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan
manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar
dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain lain
sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam sematamata,bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak
mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem
ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk
menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab kenapa kita perlu kembali
kepada dinar dan dirham.
Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satu satunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau
perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi
dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka
menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan
perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
(bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”

[TMQ at-Taubah:34]

2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. RasulullahSallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu per empat)dinar atau lebih.” [HR Bukhari]


Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistemn inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya.Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia.

Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan
ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam
pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham sematamata
tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam
kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar
dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan
bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam,
dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

Mudah-mudahan Dinar dan Dirham dapat di laksanakan di seluruh dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami

There was an error in this gadget