PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Saturday, July 26, 2008

Mengajar pelajar LEMAH....


1. Kita hendaklah mengajar dengan cara yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar yang paling lemah dalam kelas


Sebab: Bila pelajar yang lemah boleh memahami apa yang kita ajar, pelajar lain pasti lebih memahami.
Elakkan: Menumpukan kepada pelajar yang terlalu lemah sehingga menjejaskan pelajar lain seperti tak habis sukatan.


Dalam keadaan ni, adakan sesi khas dengan pelajar lemah untuk pembelajaran personal.


2. Menyediakan soalan untuk perbincangan


Sebab: Pelajar akan lebih fokus kepada kandungan pengajaran.


Elakkan: Memaksa pelajar yang lemah menjawab kerana ini akan menghilangkan keyakinannya dan dia akan menganggap subjek berkenaan susah. Sebaik-baiknya kita menilai tahap pelajar. Pelajar yang lemah hanya diminta menjawab soalan mudah. Soalan susah perlu dijawab bersama guru dan kawan-kawan dalam bentuk perbincangan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami