PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Monday, July 12, 2010

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Salam sejahtera dan apa khabar.
Hari ini saya ingin berkongsi artikel yg sy rasakan amat berguna utk pedoman kita bersama dalam usaha menyimpan Emas dan Perak


Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’.
Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan
manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar
dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain lain
sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam sematamata,bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak
mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem
ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk
menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab kenapa kita perlu kembali
kepada dinar dan dirham.
Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satu satunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau
perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi
dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka
menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan
perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
(bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”

[TMQ at-Taubah:34]

2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. RasulullahSallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu per empat)dinar atau lebih.” [HR Bukhari]


Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistemn inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya.Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia.

Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan
ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam
pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham sematamata
tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam
kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar
dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan
bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam,
dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

Mudah-mudahan Dinar dan Dirham dapat di laksanakan di seluruh dunia.

Friday, July 2, 2010

Kepada yg nak simpan koleksi 1g...

KHAS KEPADA PARA PENGUMPUL EMAS..LENGKAPKAN KOLEKSI 1 GRAM ANDA


Akhirnya berjaya membeli emas dr Kuwait Finance Housing



Tuesday, June 29, 2010

Akhirnya Daniq Dirham dan Nisfu Dirham sampai jua..

KENALI DIRHAM PERAK








Mari menyimpan Dirham Perak. Semoga kita dpt melambakkan Dirham di komuniti kita.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 0177675446 Azrul


SOLD OUT

Friday, June 25, 2010

Apa Persepsi Kita Terhadap Dinar-Dirham?



Salam sejahtera, apa khabar?
Hari ini saya ada banyak masa maka saya ingin berkongsi satu pengalaman yg baru bagi diri saya. Saya telah terbaca banyak artikel tentang dinar dan dirham tetapi saya masih tak nampak aplikasi penggunaannya dalam kehidupan seharian selain dari pelaburan jangka masa panjang ( atleast 1 tahun )

Sebenarnya di antara perkara yang boleh kita semua boleh usahakan ialah melambakkan dinar dan dirham di pasaran. Bagi yang ingin mendirikan rumahtangga, boleh jadikan dinar atau dirham sebagai hantaran mas kahwin,malah dirham boleh dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, selain itu ada yg mengadakan Kempen bersedekah menggunakan dirham di masjid dan surau. InsyaAllah pada raya tahun ini, kita jadikan dirham sebagai duit raya menggantikan wang ringgit.

Kemudian sy terbaca satu posting di http://aqiqahqorban.blogspot.com/ sy mula berminat utk menggunakan 1 Dinar Emas yg sy kumpul sejak tahun lepas utk menjalankan ibadah akikah utk anak lelaki saya.


Maka saya membuat keputusan utk menghubungi En Alfian Hashim utk meneruskan niat saya tu. Setelah berbincang beliau mencadangkan Kambing Ferral - jantan - cukup umur 2 tahun - berat 30-35kg - harga jualan = RM600.00 bersamaan 1 Dinar Emas seekor termasuk upah sembelih/lapah.


Setelah bersetuju saya telah pergi kandang kambing yg terletak di belakang pasar gombak.





Kandang Kambing

Setelah sampai dikandang saya di sambut oleh Hj Din Pengarah Urusan Agro Farm 019-3336345 utk melihat sendiri kambing  utk disembelih. Saya cukup teruja almaklum first time tgk kambing yg dibeli utk disembelih hehehe. kalau beli dipasar kita tak tahu siapa sembelih, siapa bagi makan kambing tu.



Detik-detik kambing disembelih.






           Kambing yg telah disembelih digantung utk dilapah
 Syukur Alhamdulillah . Kepada yg berminat utk melakukan ibadah akikah boleh menghubungi Hj Din:


Next posting sy akan ceritakan PROJEK AYAM KAMPUNG 1 DIRHAM. Mudah-mudahan usaha kearah menggunakan dinar dan dirham dalam urusniaga berkembang dan menjadi alternatif kepada penggunaan wang kertas.


p/s:


Kepada yg ingin memiliki 1 Dinar Emas = Rm595 dan 1 Dirham= RM15.00 boleh hubungi saya 0177675446  AZRUL @ cikguasar




1 Dinar Emas dan 1 Dirham Perak











INFO AKIKAH


1. MAKSUD :
· Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.


2. HUKUM :
· Sunat muakkad
· Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
· Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
· lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian


3. WAKTU AKIKAH :
· Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
· Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )


4. SYARAT SAH :
· niat akikah ketika sembelih
· tidak cacat serta cukup umur
· ikut syarat sah sembelihan


5. DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :
· mestilah binatang an'am
· tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
· sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
· sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong


6. SUNAT AKIKAH :
· berdoa ketika hendak menyembelih
· menyembelih ketika matahari sedang naik
· dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
· tidak mematahkan tulang binatang akikah
· mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
· dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran


7. HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
 sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
· untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
· bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
· mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
· sebagai tanda menjalinkan kasih saying ibu bapa dengan anak
· menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
· mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.
sambung esok
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami