PENGUNJUNG BARU BOLEH MULA DGN KLIK SOALAN LAZIM

Friday, October 9, 2009

Syiling Dinar ku yang Pertama


Syiling 1 dinar ini di jual oleh seorang sahabat dari Internet.. tak pernah bersua muka n penghantaran syiling pon hanya kami berdua jer tau..( itu pon kalo sahabat internet ni tak bagitau org...hehehe )


Nak kumpul sebanyak yg mungkin 1 dinar ni sebab leh wat koleksi cam http://www.pokli..com/( org pertama yg jual emas pada saya)

Dinar dan Emas

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari EMAS dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).




(Surah Ali Imran, ayat 14)

Setelah membaca terjemahan ini
ermmm..semakin kuat semangat untuk menyimpan EMAS..

Wednesday, October 7, 2009

Harga emas capai paras tertinggi

HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.

Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.

Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.



“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.

Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.

Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain.

The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.

Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.

Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.

Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.

Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. - AFP

Tuesday, October 6, 2009

Weak dollar drives US gold to record high $1,043.20

mlm ni dok seronok harga emas melambung, mencanak2 , meloncat2, sapai tahap tertinggi...ingat lagi masa dia nak sapai 1000 dulu jenuh tunggu...rasanya harga mainan emas skang ni 1030 la ek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

al kahfi

Jom ke fanpage kami